Dah Darjah 5, Tapi Masih Menangis Nak Sekolah

20 comments
Assalamualaikum.....

Apa khabar semuanya? Sesiapa yang anak2 baru nak melangkah ke alam sekolah nie, mesti dah ok by today kan? Nowadays, budak2 dah makin cerdik. Dah kurang sangat2 yang nangis2 kat sekolah kan.

Kisahnya, anak bujang kita tu la...si Adam. Actually Selasa hari tu, dia dah mula bermuram durja. Semalam kan dah start sekolah... So Selasa tu hari terakhir holiday dialah kan.

Dalam pada kami sekeluarga berehat2... ada yang tidur, ada yang borak2, tiba2 dengar bunyi hingus. srot sret..srot sret. Rupa2nya Adam, dalam diam mengalirkan air mata. Uiks...kenapa pula nie?

Setelah di soal siasat dan setelah Adam menepis dengan bermacam2 alasan yg tak munasabah, akhirnya terbongkarlah juga. Dia sedih rupa2nya sebab kebebasan dia daripada menjadi pelajar sekolah dah berakhir. Dia akan mula bersekolah dan akan mula di hujani dengan kerja2 dan aktiviti sekolah yang tiada penghujung.

Puaslah kami nasihatkan dia, pujuk dia, tapi dia tetap sedih. Last2, kita biarkan jer dia layan sedih dia. Nanti dah start sekolah, oklah kot.

Dalam hati, maybe it's our fault juga. Kami berikan kebanjiran perhatian pada dia. Atok nenek, mama papa, makcik pakcik, sepupu2, tokcik nekcik...semuanya bekalkan dia dengan program2 untuk mengisi cutinya. Sehinggakan Adam dah tak value holiday long journey sebab dah selalu travel.

Kita dulu dengan hubby masa kecik2, tak merasa nak selalu2 jalan jauh. Untuk kita sendiri, kalau cuti sekolah, duduklah terperap kat rumah. Astro takder, TV pun x boleh suka2 hati buka. Arwah atok kata, nanti TV meletop sebab on lama sangat. Buka TV setakat 2-3 jam jer sehari.

So, siang hari kalau cuti sekolah, dipenuhi dengan rutin kerja rumah. Tolong nenek sapu sampah depan, kiri, kanan, belakang rumah. Dah siap, bakar sampah, korek longkang agar bersih dan air mudah mengalir. Lepas   tu tolong nenek masak kat dapur. Jemur kain, angkat kain, buang sampah. Kadang2 tolong atok kumpul kayu api, atau tolong buang rumput dan lalang yang atok tebas. Kadang2 atok suruh cangkul tanah, tanam anak pokok buah. Ini semua waktu kita masih di sekolah rendah. Bila dah naik sekolah menengah, lain pula kisah. Cuti sekolah ialah time untuk jadi suri rumah sepenuh masa sebab kita anak sulung.

Sekali setahun jer dapat peluang keluar dari pekan Port Dickson tu. Kalau mak dan ayah cuti, ada rezeki, merasalah kami nak jalan2 ke mana2. Ataupun, sekadar habiskan masa seminggu di Seremban dengan mak ayah. Atau paling2 tidak pun, sepanjang sebulan lebih cuti sekolah hujung tahun, dapatlah pergi piknik sekali di tepi pantai.

So, bila ada travel ke mana2, maka itulah yang akan menjadi kenangan manis kita hingga hari ini.

Berbeza dengan Adam kan? Sampaikan dia naik bosan bila nak ajak ke pantai timur, atau Johor, atau ke mana2 saja. Dah tak ada value travelling pada dia sebab kalau bukan mama dan papa bawa, dah tentu nenek atoknya akan bawa. Atau dah tentu nekcik tokcik akan bawa ke interesting places.

So, bila nak masuk semula sekolah, Adam jadi stress!


20 thoughts..

Intan Akma berkata...

hihihi..comel je adam..kak lain kali amik gambar die nanges tepek kat sini..geram je tengok budak tu...hehe

Mrs Velentine berkata...

kesian kat adam..jangan stress2

che mid berkata...

dulu che mid kena ikut atok dan nyai noreh getah, kena getah.. petang pergi kebun nenas pulak, habis tangan gatal dan merah-merah kena duri nenas..

Kakcik Seroja berkata...

Betullah... Anak2 sekarang dah terlalu 'mewah'. Mereka tak merasa apa yang pernah kita rasa dulu...

♥ Vna ♥ berkata...

alahai ciannya adam!

lama² nanti dah geng dengan kawan² kat sekolah, oklah tu :)

Afasz berkata...

oolololololo. dah darjah 5 kene la kuat. namo nanis nanis dah ye adam :D

Aziela berkata...

Intan Akma : Bab tu susah sikit. Everytime nak ambik gambar dia nangis, dia pandai jer control macho.

Aziela berkata...

MV : Semalam call, dia dah ok sikit dah...

Aziela berkata...

che mid : Orang Jawa macam kita nie memang masuk kebun jer la kan, Che Mid.

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak dulu kalau cuti sekolah ralit main pondok-pondok bawah pokok manggislah, pokok kedondong sebab nak redup. Bila ada benggali jual roti dtg lari masuk rumah...

Unknown berkata...

beberapa bulan kedepan ya pendaftaran siswa baru ^_^

TiranaAduka berkata...

salam..sis
hehehhehehhehe....
nak manja lebih tu....
kurang kasih sayang kot...? hehehhe
nak manja lebih sikit...sikittttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt je ......

Rozita Ceritaita berkata...

memang budak zaman sekarang lagi beruntung kan kak..

baru baca berita pasal budak 14 tahun bunuh diri sebab x nak sekolah petang... seram kak...

Aziela berkata...

Miz Tia : Err, siswa kalau di Malaysia untuk university, sis. Tapi untuk sekolah, dah mula kelmarin.

Aziela berkata...

Kakzakie : iyer laa kak...kalau benggali roti datang, kelam kabut lari masuk rumah. Atok kata nnt dia sabit kepala... Ada ker mcm tu nak save bajet kan.

Aziela berkata...

Tirana Aduka : Oucchhhh....terasa menusuk terus ke jiwa... Faham2 jerlah, anak jauh dari ibu bapa nie. Memang nak manja, tapi bukan sikit tu. Banyaaaaaaakkkkkkkk!

Aziela berkata...

Rozita : Terlebih manja. Salah kita sendiri agaknya Ita...

Nadia Johari berkata...

alhaii..dah puas cuti...sekolah trus nngis..heheennt jumpe kawn2 ok la tu

Arysa Nasir berkata...

hu hu ada juga merasa kena statement 'Tv meletop' ya.. dedulu pun arwah wan sy suka cakap gitu.. ye ye kita ni percaya he he...

Unknown berkata...

Betul gak tu kan akak? Zaman sekarang dah berubah, Adam dah rasa biasa dah bila boleh travel ke sana ke mari....kalau kanak2 zaman dulu pula lain ceritanya huhu...something that I can ponder about huhuhu :)