Kuih Paung Goreng Terengganu

14 comments
Assalamualaikum.....


Isnin yang lemau nie, kita nak kasi meriah2 sikit untuk reader My Rainbow dengan cerita pasal food. Selalunya kalau cerita pasal food, sedikit sebanyak membangkitkan mood kan...? Kenapa agaknya yer?

Anyway, ini cerita tentang kuih paung goreng yang kita biasanya makan di Terengganu. Tapi, yang paling kena dan sesuai dengan tekak kita dan hubby ialah di sebuah warung kampung yang sangat kecil di Kampung Teluk Bidara, Dungun.

Kami sanggup singgah ke sini semata2 untuk menunggu paung gorengnya. Kali terakhir kami singgah, masih awal lagi, tapi dek kerana tokey warung tahu kami datang dari jauh, dia dan isterinya cepat2 uli tepung untuk paung tu. Alhamdulillah, selain makan di situ, siap kami bungkus untuk bekal dalam perjalanan. Uiks, memang betul2 membantu melapik perut sebab mengenyangkan.

Paung Goreng Terengganu

Ini paung goreng batch pertama dari kuali warung tu untuk hari tersebut. Panas2 lagi, terus dihidangkan untuk kami. Paung goreng nie di macam kuih bom yang biasa kita makan tu. Yang membezakannya cumalah tiada salutan bijan di luar dan intinya pula ialah serunding ikan. Kombinasi tahap kekenyalan tepungnya dan kesedapan inti serunding ikan tu lah yang membezakan setiap paung goreng itu.

Kita dah pernah makan paung goreng dari beberapa tempat di Terengganu, tapi ada yang intinya blunt sangat. Ada yang manis sangat, dan ada pula yang secotet jer intinya. Tapi di kedai nie, intinya memang ngam lah. Serunding ikan tu memang seharusnya ada rasa manis sama macam inti kuih bom yang manis. Tapi  selain dari rasa manis, ianya harus ada sedikit rasa rempah ratus serunding dan ada sedikit imbasan rasa pedas dalamnya. Maknanya tak pedas, tapi kalau Mat Salleh western people yang makan ayam sekuali yang di masak dengan sebiji cili besar merah yang dibuang biji tu terjelir lidah kepedasan, maknanya Mat Salleh tu pasti kata kuih nie sedikit pedas. Perghh..!! Panjangnya explanation kan.






Hubby perli kita. Dia sorongkan pinggan kuih kat depan kita, terus di candidnya gambar kita. Tapi nampak kan, kita rasa gembira bertemu dengan paung goreng nie.

Oh yer, panas sangat, kena makan dengan garfu dulu.

Bayangkan makan kuih yang eksotik, panas2 fresh from kuali, petang2 hari dengan angin laut dari pantai Teluk Bidara berserta segelas teh air. Bersantai pula dengan hubby tercinta dan ditemani dengan novel baru, Lelaki Versi Dia yang umpphhh! Ok, janji nanti kita review.

Oh yer, minggu depan cuti sekolah. Tak nak ke Teluk Bidara ke? Paung dia sedap tauuu..




Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

14 thoughts..

pizli.mw berkata...

Alamak ini yang buat teringin nak makan ni.

che mid berkata...

Oh di Terengganu ada Teluk Bidara.. di Melaka pulak ada Tanjung Bidara.. tak pernah dengar nama kuih ni, mula-mula tadi ingatkan salah eja 'pau' tertaip 'paung' he he..sungguh dangkal vocab kuih muih ku..

Tanpa Nama berkata...

nampak macam cekodok. tapi memang sedap dimakan panas dengan teh o...

Cho Zila berkata...

tak penah tau gakni thanksler yerk kot nanti gi trengganu tau gak nak menyebutnyer...

RamRamCute berkata...

sedap tak awak? pasal apa yg banyak sgt post up entri makanan ni..camner nak diet..saya dah lapar balik ni...

TiranaAduka berkata...

Salam sis Aziela

ala ala alalallalalalalalal tomey nya post gambar tu.....hehehehhehehehhehe.tu tersalah taip ke nama kuih tu tau memang namanya sebegitu...heheheh TA baru tau ni sis.....

TAPAU ^ 8 post bagi TA...nak rasa sikit leh.....?huhuhu

Sis E-mail Sis TA dah terima..maaf sis tak sempat balas ...kebizian melanda di kala ini mengguruskan bonda meragam sikit tak nak makan adoi...dugaan buat TA..heheheheheh

By the way..Terima kasih banyak banyak ..
oh sis...maaf tau sis...nanti TA balas e-mail sis tu...
Happy blogging sis jangan lupa update selalu...seronok singgah blog sis...lebih-lebih lagi ada gambar sis yang terkini......nice
erima kasih sudi kongsikan

Aziela berkata...

Pizli : Pernah makan ke?

Aziela berkata...

che mid : Saya pun, lepas 2 kali makan baru betul2 ingat nama kuih nie...

Aziela berkata...

Izudean : Pernah makan yer dik

Aziela berkata...

Cho Zila : Moh jalan ke Terengganu kak..

Aziela berkata...

RamRamCute : Sedappp awak...

Aziela berkata...

Tirana Aduka : TA nie memang sweet talker kan...hahahahahahhaha. Jaga bondanya baik2 yer TA.

Unknown berkata...

sedap nya paung!

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

ooo, selalu jumpa roti paung ajer.. len kali boleh try kalu g Ganu nt nak roger Ziela, tnya lokasi yg betulnya..