Cendol Leman Dawi : Sedap Ke?

17 comments
Assalamualaikum.....

Rasanya ramaii yang dah tahu pasal Cendol Leman Dawi nie. Kedainya terletak di Jalan Sg Gadut, Seremban, N. Sembilan.

Walaupun kita orang N9, tapi memang tak pernah makan kat sini sebab ianya bukan laluan kita. Tapi glemerlah juga kan. Masuk dalam rancangan tv lagi. Apa yang menariknya di situ ialah, bila kita beli semangkuk cendol kat situ, kita bebas untuk tambah sendiri secara percuma cendol, air batu dan air gulanya. Yang tak boleh ditambah percuma ialah santan dan isi2 macam kacang dan jagung tu.

Selain daripada itu ialah ada seorang pekerja lelaki, seorang pakcik yang hafal segala fakta geografi negeri2 di Malaysia. Entahkan betul, entahkan tidak, tak tahulah sebab kita pun tak hafal. Tapi, Insyaallah betullah kan kalau dah tiap2 hari dia bercakap benda yang sama, jadi rutin, memang boleh menguatkan ingatan.

Anyway, main story is whether sedap atau tidak cendol tu. Apa2 pun, tengok gambar cendol dululah yer...


Ok, rasanya dalam gambar nie walaupun tak clear, tak sharp macam gambar Gadis Bunga tapi bolehlah nampak kan...
Cair bair yang amat sangat.
Memang suap sesudu jer, terus rasa tak nak makan. Tak pernah lagi kita makan cendol di kedai yang rasanya sangat tak ada rasa cendol. Kalau kat kenduri kawen tu, adalah juga. Alahai, kadang2 katerer tak terlayan, sampai cendol jadi cair. Tapi kalau kedai punya, memang tak pernah jumpa mcm nie langsung.

Fine, boleh tambah cendolnya yang hijau tu dengan air batu dengan air gula merah. Tapiii, santan yang cair bair tu lah antara elemen utama cendol. So, apa purpose makan cendol kalau tak ada santan?



 Adam dan hubby pun rasa macam tak berapa excited nak makan. Ini bukan expression lakonan yer. Sebab kita memang tak pernah suruh model2 kita berposing untuk gambar blog. Ini memang gambaran sebenar.


Ok, pakcik pakai apron dan topi merah nie lah yang hafal segala fakta tu. Rasanya dia memang suka menghafal. Mesti dia bukan mudah pelupa dan tak mudah nyanyuk kerana kekuatan ingatannya.

Dan dia juga seorang yang sangat friendly. Dia tegur semuaaa customernya. Macam2 topik yang dia ceritakan. Bila dia tanya kami dari mana dan hubby beri jawapan kami dari PD, terus dia bacakan fakta geografi Port Dickson yang mana kita sendiri tak pernah nak ambil tahu.

Bila kami nak balik, melangkah masuk kereta, tiba2 pakcik nie terus bercakap dengan suara yang sangat kuat tentang fakta jenama kereta kami. Siap penglibatan sejarah dengan Tunku Abdul Rahman lagi. Perghh...!!

So, kesimpulannya.

Patutkah kita rekomen Cendol Leman Dawi nie?

Well, depends pada tujuan anda semua.

Kalau untuk makan cendol, tak payahlah nak cari sampai ke sini. Sangat2 tak berbaloi! Maybe dulu2 cendol dia memang sedap, tapi sekarang nie, memang dah hilang langsung kesedapannya.

Tapi kalau datang untuk melepaskan dahaga sebab air batu boleh tambah free, dan santai2 kat tempat yang lapang dan redup, memang sesuai anda datang sini.

Kalau anda nak experience dan mencabar fakta2 yang di hafal oleh pakcik tu, punnn anda boleh datang sini.

Tapi once again, kalau untuk cendol.. mamak yang jual tepi jalan pakai van tu pun berpuluh kali sedap lagi cendolnya.

Maaf kepada pemilik Cendol Leman Dawi. Kita kongsikan kebenaran daripada pengalaman kita, daripada aspek kita sekeluarga. Kalau boleh ditingkatkan, sila mulakannya sekarang.


17 thoughts..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

tension betul muka husband Ziela tu.. tapi customer tak bosan ke dengan pakcik tu, macam bagus lak, haha

Dr K berkata...

hahaha..saya setuju.cendol leman dawi ni OVER RATED. Tak sedap mana pun...

pakcik tu saya rasa, macam mereng pun iya...ekekekekeke

azieazah berkata...

Pakcik
tu adalah Leman Dawi sendiri. Dia bekas tentera. dia memang hafal
begitu banyak fakta geografi, yg saya kagum, sbb budak U pun tak leh
ingat begitu banyak. tp, ya benar cendol dia tak sedap sangat. Biasa
saja.

sekadar satu coretan berkata...

pernah singgah dan rasa cendol tuu..
tapi rasa nak datang tidak laa..sebab tak berapa nak masuk dgn tekak kita nii...

Puan Eka berkata...

pakcik yg hafal segala fakta tula pakcik leman dawi kak..

eka penah tengok masa dekat majalah 3 tak silap.

walaupun tunang eka orang negeri sembilan,tapi tak penah plak bawak eka makan kat situ

Cho Zila berkata...

wajib dibagitahu supaya dia improve.. jangan kebelakang pulak.. bisnes orang kitakan..

mungkin sekarang daya tarikan disitu pasal pakciktuler kot...

kucing hitam berkata...

Bila baca entry ni..macam dah rasa kesedapannya..aisk,,kena pergi N9 ni cari cendol..! =D

Unknown berkata...

alamak...sy peminat teger cendol hehe....kalau kat area Utara best2 cendolnya hehe

Aziela berkata...

Seri Kandi : Memang dia tensen tu Kak SAri..hahahahha

Aziela berkata...

Daddy Ziyad : Exactly as what hubby said. Hahahahha

Aziela berkata...

azieazah : Ooo..patutlah...

Aziela berkata...

ainnoraini : Tak menepati piawaian cendol kan...

Aziela berkata...

Cik Eka : Tak pergi pun tak rugi apa2...

Aziela berkata...

Cho Zila : Kalau mereka tahu, harap mereka boleh improve kan.

Aziela berkata...

MarliaMarble : Errr...rasanya cuba baca sekali lagi. Kalau x salah, akak kata tak sedap. Hehehehhehe

Tanpa Nama berkata...

I was there wih my family at his shop. The "Chendol" is is below par. I got bad sore throat after drinking it not sure if the water is clean. non of my family member like it. The one sold road side near wisma Punca Emas is better. Another one is Haji Shariff Cendol.

M.Safuan berkata...

Itu trpulang hak individu untk dtng ke cendol leman dawi ke tk????bg aq la kita patut sokong cara en leman dawi brniaga.....ini tidak nk mnjatuhkn melayu kita....