Majlis Perkahwinan Terakhir : Persandingan

21 comments
Assalamualaikum.....

Acara kemuncak...

Persandingan...

Pelaminnya.

Purple & White warna pilihan


Sempat juga kita bergambar dengan pengantin. Syahdunya..sob..sob..



Mak memberi restu


Ayah pula merenjis

Biasanya acara merenjis nie memang disertai dengan tangisan. Tapi this time tak sempat menangis kot. Terlalu sibuk....

Yang sebenarnya, mak ayah guna catering service. Tapi, untuk memuaskan hati, kami memang masak sendiri 2 jenis lauk tradisi iaitu gulai lemak cili padi rebung campur daging dan tulang lembu serta lagi satu ialah sambal goreng jawa Port Dickson. Malangnya, memang tak sempat langsung nak snap sekeping gambar makanan pun. Kesibukan yang memang di luar jangkaan.

Kami fikir, bila guna catering, dapatlah beramah mesra dengan tetamu dan concentrate melayan jemputan. So, seluruh keluarga bersedia untuk menyambut tetamu. Dan bersedia untuk berpoya2 ambik gambar sana sini.

 Sekali yang datang...seperti badai melanda. Hahahahha. Sangat tak sangka semua tetamu yang kami jemput, dapat kelapangan dan sudi hadir. Rasanya dalam 2% jer yang tak hadir. Bukan itu saja, ada juga kawan2 lama mak dan ayah yang tak pernah mereka jumpa sejak masing2 berkahwin, datang beramai2 dengan keluarga masing walaupun tiada jemputan secara langsung. Sekadar pesan dari mulut ke mulut sahaja. Betul2 jejak kasih.

Ramai juga rakan2 ayah yang dah berhijrah dan berkeluarga di Eropah kebetulan semuanya balik bercuti ke kampung pun hadir. Itu tak termasuk rakan taulan pengantin sendiri. Syukur Alhamdulillah.

Tapi, oleh kerana kehadiran tetamu yang diluar jangkaan, pihak caterer dah mula panik. Termasuklah kami adik beradik dah mula panik sebab takut food tak cukup. Memang betul food caterer takkan cukup, tapi syukurlah kami memang masak sendiri separuh. Selain daripada 2 jenis menu di atas, kami juga dah masak siap2 acar buah dan daging masak dendeng untuk diberikan buah tangan kepada semua tetamu yang hadir.

Ayah pula memang pakar memasak nasi minyak. So, memang dah memasak nasi minyak 2 kawah besar. Jadi, bila tengok lauk pauk dan nasi minyak kami sendiri pun banyak lagi, terus happy semula. Cuma terpaksa kerah tenaga seluruh kaum kerabat jugalah untuk bantu tenaga caterer yang dah mula kelam kabut. Kita sendiri pun dah berlari ke dapur, ke dalam rumah, ke tepi rumah, semuanyalah sebab nak jaga semua aspek. Tak ganggu mak dan ayah langsunggg. Yang penting mak ayah sambut tetamu.

Paling sadis, sejak dari adik ke-2 berkahwin, memang kitalah sebagai kakak sulung yang menyambut rombongan pengantin ke rumah. Biasanya, kena berdiri kat pagar, taburkan beras kunyit, atau sekadar bunga rampai kepada rombongan dan beri sedikit kata-kata aluan kepada rombongan sebelah sana. Lepas dah tabur2, barulah persilakan rombongan masuk.

This time juga, terpaksa jadi MC untuk acara di pelamin. Itupun half way jer sebab orang dapur dan orang luar dah cari kita minta macam2. Aduh, kelam kabut sungguh. Tapi tak ada terima aduan ketidakpuasan hati pun. Maknanya, oklah tu kan..?



Khemah dah penuhhh walaupun baru jam 12.00 tengah hari.


Rakan pejabat yang hadir bersama keluarganya. Terima kasih En Hashim.


Ini Adam, first time jumpa dengan abang angkat mamanya.

Abang angkat kita sejak kita menuntut di uni lagi. First year lagi dah menempel dengan dia. Dia pun memang selesa jer menempel dengan family kita. Mak dan ayah memang sayang dengan dia. Kami adik beradik semua kahwin, dia tak pernah miss lagi. Namanya Encik Jaiya bin Abu. Orang Seremban dan menetap di Bukit Chedang, Seremban. Banyak sungguh history dengan dia. Dia datang dengan isteri dan anaknya seramai 3 orang. Comel2 sungguh anak beliau. Sayangnya, x ambil gambar anak dan isteri beliau sebab ngam2 battery kong dah masa nie. Rasanya kita akan buat satu entry untuk mengimbas kenangan dengan beliau nanti. Insyaallah.

Last but not least, the King and Queen of the day.

Kepada En Kamaruzaman dan Puan Noranida Maarof,

Semoga perkongsian hidup di antara adinda berdua di rahmati Allah senantiasa.
Semoga kebahagiaan dan kegembiraan senantiasa bersama adinda berdua sehingga ke akhirnya.
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang murah dan zuriat yang sempurna kepada kalian.
Semoga cinta dan kasih sayang kalian tidak akan pernah malap selamanya.

Adinda berdua. Dalam perkahwinan,

Kongsilah segalanya. Kegembiraan, duka dan tangis, susah dan senang, tanggungjawab dan impian.
Selalulah bertolak ansur, ikhlas dan sabar dalam segala aspek.
Sekarang anda ada 2 pasang ibu bapa, maka berilah hak sewajarnya kepada ke-2 ibu bapa ini.
Semoga penyatuan ini akan memberikan kekuatan kepada kalian dalam usaha meningkatkan keimanan dan mencari redha Allah.

Amin, Ya Rabbal Alamin.



21 thoughts..

Mrs Velentine berkata...

amin....suka tgk pengantin..sweet jer

Izwa Kamaruddin berkata...

amin~

Mimie berkata...

Selamat Pengantin Baru kpd pengantin...Nice pelamin

Unknown berkata...

semoga ikatan mereka berkekalan dan bahagia sentiasa..

jemputan terlalu ramai memang penat kak..tapi yg baiknya makanan tak la membazir kan..

NzA berkata...

wah purple...cantik!!!!!
Akak dpt bygkan kesibukan azie yg sama akak akak alami kelmari.....nk snap pic pn smpai trlupa...at last trpaksa kidnap pic kt FB ank sdara....huhuhu...

Unknown berkata...

wahh gojesnye pelamin! purple mmg cantik kan..deqla pun tema purple dulu..hihi

Cho Zila berkata...

purple teringat masa kita naik pelamin dulu.. alahai..
dah bayang kekecohan yang berlaku.. takper itu rezeki orang nak mai kita buat kenduriikan,,,

Unknown berkata...

makin cntik blog akak

ade palngi lg

suke2

Unknown berkata...

Cantik Pelamin..

Zurina berkata...

slmt pgantin baru buat pgantinnya!...;)

Aziela berkata...

MV : Thank u MV.. :)

Aziela berkata...

Mrs Eady : Amiin.

Aziela berkata...

PinkUmmi : Nice ekk.. tq.

Aziela berkata...

Rai : Unexpected tu yang penat, hehehehe. Alhamdulillah tak membazir. Betul lah Rai.

Aziela berkata...

NzA : Hahahah..betul..betull kak.

Aziela berkata...

Deqla Manjew : Purple memang 'in-trend' sekarang kan.

Aziela berkata...

Cho Zila : Purple juga yer kak...hehehehehe

Aziela berkata...

Iffah : Dah lama akak tak kacau awak. Nak bg masa awak focus dlm study. Now dah ok?

Aziela berkata...

Nurul : Alaa...Nurul punya mesti lagi cantik nanti kan...

Aziela berkata...

Zurina : Tq Zurina....

Unknown berkata...

hehe....memang syahdu pesanan di bahagian akhir blog post ni hehe..... seronoknya wedding ni...best juga buat di kampung yea? okay skrg saya dah confuse nak buat kat kampung ke hotel? hehehe :)