Warga Emas Kaki Karaoke

12 comments
Assalamualaikum.....

Nak cerita pun segan.

Tapi kita dengan hubby memang tak pernah encounter situation macam nie. So kami agak culture shock sikit lah.

Sebagai pengenalan, beberapa bulan lepas ada sebuah kedai baru dibuka di kawasan rumah kita di Alor Gajah tu. Kawasan kampung, so owner tu bina kedai tu bit by bit atas tanah dia sendiri. After years, baru siap.

Sebagai masyarakat sekampung, kami pergilah singgah kedai dia, makan2 dan minum. Ok lahhh... Ada time sangat sedap and ada time so and so. Owner dia buat macam2 cara untuk mencari rentak bisnes dia. kejap breakfast jer, kejap lagi lunch pula, kejap lagi malamm jer.

Finally, dia buka malam jer. Kira goreng2 la...tomyam2.

Entah macam mana satu malam tu, selepas berminggu tak balik ke rumah kami, kami nampak kedai tu amatlah meriahnya. Bukan main ramai lagi orang dan dihiasi lampu lip lap bergemerlapan.

Rupa2nya, kedai tu dah ada karaoke....!

Selepas beberapa lama, kami cubalah singgah. Sajer lah nak rasa suasana kat situ dengan menikmati nyanyian peserta karaoke. Memang meriah.

Tapi pelik, macam ramaii jer warga emas yang naik pentas tu dan menyanyi. Bila kami perhatikan betul2, mereka nie bukan sekadar menyanyi suka2, malahan menyanyi seperti buat performance. Dengan pakaian yang memang layak untuk rancangan tv, dengan make-up, siap set rambut, kasut polish berkilat dan ada yang datang dengan bunga sekuntum terselit di rambut. Yer, mostly tak pakai tudung, sebab tu lah siap set rambut style Pn Sri Saloma tu.

Rupa2nya, ada golongan mereka nie yang aktif dalam bidang seni dari muda dan mereka suka menjelajah tempat2 karaoke sekadar untuk berhibur. Kadang2 mereka datang in groups. Berkereta2 dan bermeja2 mereka duduk. Ada yang datang dari jauh contohnya dari Johor untuk berkaraoke di sini.

Ini group yang decent sikit. Tetaplah, jubah berkilauan, tudung bergemerlapan dan bertopi bak Hail Amir.



Yang nie pula, siap sanggul rambut bersalut bunga dan ada guna riben menghiasa kepala.


Dalam hati, ralat juga terasa. Tapi kita tak cakap apa2. Tapi hubby dah tak tahan, dia luahkan juga pada kita. Sedihnya tengok kedai makan yang ada karaoke nie penuh dengan warga emas menyanyi. Sanggup datang dari jauh untuk berhibur. Sedangkan surau dan masjid yang beberapa ratus meter jer dari tenpat tu sering kali sunyi tanpa penghuni.

Allahu Akbar.

Malam ini pasti meriah juga.......

12 thoughts..

Cikrosecute berkata...

warga emas pun masih berkaraoke huhuhu

che mid berkata...

Doakan sahaja supaya Allah beri hidayah pada warga emas tu. Syukurlah bahawa mereka tu bukan ahli keluarga kita..

nurhuda berkata...

hmm , ape laa diorang ni -.- kalo hanan mesti daa x tahan makan at si tu

Unknown berkata...

hehe....tak sangka betul...meriah gak minat mereka tu hehe.....

ummiross berkata...

Yelah kan Aziela, bimbang takut terlalai pula.

QasehnyaRania berkata...

emm..mungkin minat..kalau boleh biar seimbang di kala usia emas ni ;D

Aziela berkata...

Che Ros : Masihhhh

Aziela berkata...

che mid : Agree. Thank you jengah sini yer che mid

Aziela berkata...

hananhadila : Sometimes kita belajar untuk mencari positif dalam negatif

Aziela berkata...

Azham : Memang meriah, tapi....

Aziela berkata...

ummiross : Harapnya tidaklah ummi kan...

Aziela berkata...

Qasehnya Rania : Harap2nya begitulah kan...