Majlis Perkahwinan di Maju Tower

20 comments
Assalamualaikum.....

Wah, ini bukan adik kita punya majlis yer. Majlis adik kita kan ker dah di tutup. Ini adalah memenuhi jemputan best friend ayah di Maju Tower. Sepatutnya masa nie, kita attend blogger gathering di rumah Pak Ngah di Lavender Height, tapi dah ayah minta tolong hantar, terpaksalah pendam jer keinginan tu.

First time attend function di Maju Tower nie. Tapi senang jer nak ke sini. Hall nyer tak besar sangat, tapi sangat presentable. Kami datang awal sebab lepas tu nak ke majlis di Ampang pula. Relative ayah juga kahwinkan anak.



Dapat door gift mug bunge2. Paksa mak senyum masa nie.

The dish.

The band..

Disebabkan awal, maka tak crowded sangat. But suka sangat tengok ayah sangat happy sambil berpeluk2 dengan kawan lamanya tu.

Tak apalah kita korbankan keinginan kita. Kegembiraan ayah dan mak tu lebih dari segalanya.

20 thoughts..

Izwa Kamaruddin berkata...

izwa kerja kat bangunan sebelah tu je..heheehe...

Cho Zila berkata...

betoiler tu mak bapak mesti didulukan.. yang penting tengok diaorang happykan...
maju tower tu kat maju junctionker...

Unknown berkata...

wahh..mesti mahal buat dalam dewan macam ni kan..

Salmi Khairil berkata...

lama tak singgah umah akak nie..cantik menarik dah..

musim orang kawin seakrang nie,,program banyak terpaksa di susun atur..sebab nak attend jemputan kenduri

Dr K berkata...

betul tu...apa lah sgt pengorbanan kita berbanding pengorbanan mak ayah kita kepada kita kan...

ummiross berkata...

bahagia kerana dapat membahagiakan, betul tak Aziela?

Kekzamanis berkata...

Dah lama tak ke kenduri kawen.. Bulan 12 ni ada dua kenduri kawen member nak kena attend.. Tak sabar nak makan nasik minyak orang kawen.. Dah lama teringin.. Hehehe.. =)

Unknown berkata...

nice!

Nur-nba berkata...

Salam. Kak Aziela, tak mengapa kak.. Besar ganjarannya sebab mendahulukan ibu bapa.. Comel anak akak.. Mak akak pun cantik dan awet muda..

Aziela berkata...

Mrs Eady : Waa..bestnya. Hari2 shopping.

Aziela berkata...

Cho Zila : Yer kan. Maju Tower attached dengan Maju Junction.

Aziela berkata...

Rai : Akak rasa memang macam mahal la Rai

Aziela berkata...

Salmi : Takper, akak faham. Salmi pun busy. Tq yer.

Aziela berkata...

Daddy Ziyad : Semampu mungkinlah kita korbankan Doc.

Aziela berkata...

ummiross : Yer, betul tu kak.

Aziela berkata...

Miss Miesza : La, naper tak ikut mak ayah? Diorang mesti banyak undangan.

Aziela berkata...

Fendy : Kan...

Aziela berkata...

Nur : Ala, anak akak tu biasa jer. Mak akak tu sebab akak paksa dia senyum. Kalau tak masamm jer, nampak tua jer nanti kan.

Unknown berkata...

Hehe...nanti saya kahwin nak buat wedding kt hotel gak hehe....sekadar perancangan je la hehe :)

Aziela berkata...

@Azham Vsvc Akak pun rasa nak buat wedding Adam di hotel, kalau berkemampuan. Tak larat nak uruskan rewang...