Alangkah Seronoknya Kalau Dapat Snorkeling

21 comments
Assalamualaikum.....

Hari ini, cuti umum untuk beberapa negeri di Malaysia sempena sambutan Thaipusam. Office kita di KL, so cuti. Adam sekolah di N. Sembilan, cuti juga. Hubby kerja di Kuantan, tak cuti. Rumah di Melaka, tak cuti. Eh, rumah mana ada cuti2 kan.

Bila cuti, mulalah terasa macam nak berendam dalam air laut. Adam pun suka. Tapi, hubby tak benarkan. Sob..sob... Hubby selalu kata bahaya kalau mandi laut. Masalahnya, kita membesar di tepi laut. Laut dah sebati, walaupun tak pandai berenang. Walaupun sekadar boleh berenang 2-3 stroke, tetap kepuasan berada di dalam air laut tu lain ketenangannya. Kita dan Adam boleh tidur terapung atas air laut berjam2 dengan lenanya. Sambil memandang langit, menikmati keindahan awan bersama burung-burung yang berterbangan, di alun dan didodoi atas air, telinga mendengar bunyi yang sayup dari dalam air dan  hanya fokus kepada rentak nafas sendiri, memang satu terapi ketenangan yang paling murah dan mudah.

Sebab tu lah, bila kita mula snorkeling 8 tahun lepas, kita rasa sangat seronok. Malangnya hubby tak berkongsi minat kita. Dia sangat2 tak berkenan. Owh, sedihnya.

So, mengharapkan company akan buat snorkeling trip lagilah lepas nie kalau nak lepas gian pun.

Kita bergumbira di samping boss merangkap sahabat kita. Happy kan kami..?


Motif entry ini? Sekadar luahan perasaan agar hubby memahami yang hari nie kita nak bawa Adam pergi mandi laut kat Telok Kemang. Hehehehehhee

.

21 thoughts..

aby berkata...

Salam aziela,
Kesiannya , kami pula suka snorkerling. Terutama hero kami yg umo 11 thn tu cukup brani mnyelam. Bbrape entri kt blog aby crite kami snokerl.
Ajak hb pegi snokerl kt pulau kapas. Dekat jer

Qashmere berkata...

Bestnya mandi air lauttttttt

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

Patut la Sunyi jer blog hr ni
Ramai bercuti rupanyer
Syoknyer blh g beach weols Tunggu this summer baru blh terjah....

che mid berkata...

Salam, lena berjam-jam atas laut???? Sedar-sedar atas Laut Merah camne?

Munn Jaafar berkata...

hahaha sila paste link entri ni ke fb hubby ya.. :)

kalo dpt berenang mmg best..nak2 snorkeling kt tmpt air jernih gila2...cantik sgt. puas n penat :p

Kancil 8349 berkata...

ndak pernah buat lagi...tapi suka menyelam tanpa menggunakan peralatan...kedalaman hanya 15 kaki je...lepas tu...hehehehe..sendiri mahu ingat...

gadisBunga™ berkata...

akak boleh tidur terapung dalam laut? oh bestnya!!!

saya takut air dan memang dah tentu tak reti berenang. ngeeee~

Dr K berkata...

Swimming pool pun boleh jadi bahaya...baldi besar berisi air pun boleh bahaya...yg penting,kita kena alert dan sentiasa awasi...dan elak gi pantai yg kuat ombaknya,atau mmg byk kes lemas mcm kat desaru tu..saya teringin jugak nak snorkelling..hihi

azieazah berkata...

Sama ler kita. Memang frust dan sedih sangat bila hobi atau minat kita, encik suami tak berapa nak sokong.

Tapi mula-mula dulu Kak Azie bengang juga, tapi lama-lama dah tak kisah. Kak Azie cari geng sendiri jer... hahaha

zoul dahan™ berkata...

Ramai kawan buka klinik hari ini.
Tapi saya cuti.
Bosan bekerja bila wife/anak2 cuti.

Saya juga suka laut.
Tapi saya tak suka basah.
Jadi duduk tepi laut ajelah sambil pegang kamera.

Selamat bercuti!

Aziela berkata...

aby : Baru sebut jer pun, dia dah tarik muka, kang. Tak apalah. telan keciwa sendiri. Demi kebahagiaan suami, ku turutkan jua. Ecehh...

Aziela berkata...

Qashmere : Memang bestt...

Aziela berkata...

Lady Ayu : Sabar yer Ayu...

Aziela berkata...

che Mid : Kalau lena macam tidur atas katil kat rumah tu, tak sempat lepas laut Malaysia, kot. Hihihihi

Aziela berkata...

Munnafendy : Dia tak buka fb, dik.

Aziela berkata...

Kancil : Hanyaaaa 15 kaki??!!!! Wahh..tabik spring sama cikgu. Toing! Toing!

Aziela berkata...

GB : Kalau ada chance GB mandi laut dengan akak, Insya Allah dalam masa 2 jam dah boleh tidur atas air. Tak tahu berenang pun x per.

Aziela berkata...

Daddy Ziyad : Setuju...sangat2 setuju. Setuju lagi!

Aziela berkata...

azie azah : Kalau boleh cari geng sendiri pun saya ok. Tapi hubby saya tak bagi juga kalau tak pergi dengan dia pun. Dia risau keselamatan kami. Huwaaa!

Aziela berkata...

zouldahan : Ok, yang penting kualiti masa bersama family, yer doc? Sob..sob. Baiklah, saya faham....

Unknown berkata...

Tak pernah snorkeling lagi....banyak betul dalam wishlist saya semester ini hehehehe :)