Rabu, 13 Februari 2013

Al-Fatihah Untuk Mereka Semua

Assalamualaikum.....

Dari minggu lepas lagi, kita dah terima berita tentang 'pemergian' insan2 ini.

1. Azli Paat.
- Kita kenal beliau sejak 17 tahun yang lalu. Walaupun tidak rapat, tapi kenangan dan ilmu yang beliau berikan dengan ikhlas dan bersungguh2 kepada kita semua sangat memberi kesan dalam hati. Terima berita 'pemergiannya' dari rakan sepejabat. Malangnya, kita tak dapat turut serta menziarah. Beliau adalah pengasas sistem DAPAT dan pakar IT media di Malaysia. Ada yang lain lebih pakar? Tak apalah. Bagi kami, beliau tetap pakar.


2. Datuk Yahya Sulong
- Membesar sejak kecil dengan lawak beliau. Memang kita hanyalah satu daripada berjuta peminat beliau, yangs ering terhibur dengan 'hidangan' yang beliau persembahkan kepada penontonnya. Namun yang paling berharga, kenangan menonton beliau bersama arwah datuk kesayangan kita. Tiada apa yang dapat dibandingkan nilai kenangan itu.


3. Blogger Jejai
- Kita tak pernah kenal beliau, cuma sekadar menjadi follower beliau secara diam saja. Namun, perjalanan beliau di atas dunia ini berhenti semalam. Kita dapat informasi dari Kak Ida 1001 Resepi dan Nurul Siezuka.


Tiada apa yang pasti, melainkan kematian.

Semoga semua mereka dikurniakan rahmat Allah tanpa sempadan. Amiin.

Al- Fatihah.

14 thoughts..:

Fadilah Aziz berkata...

Salam Aziela...
Al-Fatihah...moga roh mereka dicucuri rahmat...
Sesungguhnya dengan mengingati mati hati akan menjadi tenang

Cho Zila berkata...

takziah kepada keluarga mereka semuakan.. al-fatihah, moga mereka semua ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh...
kehilangan azli paattu akak sangat terasa.. walaupun tak pernah kenal tapi sangat terasa dekat... banyak benda yang dipelajari dari rancangan dia di radio baik tv.. memang terasa sesangat...

nea lopah berkata...

semoga dicucuri Rahmat...Al fatihah!

Daddy Ziyyad berkata...

Al fatihah..

che mid berkata...

Al Fatihah buat yang mendahului kita, kita juga akan menyusul kemudian.. PASTI!

biela bell berkata...

Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

setiap yang hidup pasti akan mati, satu hari nati mungkin nama kita pula akan terpahat di blog rakan2 yang mengucapkan takziah kepada keluarga kita. Apapun, selagi hidup marilah kita sentiasa mendoakan orang yang pergi dahulu sebelum kita, Al-Fatihah...

TiranaAduka berkata...

salam sis aziela
Al-fatihah

AyueJean AJ berkata...

Al-Fatihah...

Mrs Velentine berkata...

al-fatihah

Rai Ourkizuna berkata...

Takziah buat keluarga mereka

Azham Vsvc berkata...

Al-Fatihah kepada insan-insan yang telah pergi meninggalkan kita. Sedih bila cakap pasal mati, sebab saya sangat tidak bersedia untuk menghadapi mati. Mungkin apabila ajal saya datang saya masih tidak mempersiapkan diri?

Aziela berkata...

Terima kasih semua....

Cik Nurul Siezuka berkata...

Sedih kan.. Apepun Al-Fatihah.. Moga ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh.. salam takziah buat family arwah..

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink