Kisah kereta hubby sebenarnya.
Masa breakdown dan tersadai di tengah2 hutan belantara tengah2 malam 3 bulan lepas, hubby memang dah rasa 'penat' dengan kereta tu. Tapi kitalah yang berkeras suruh hubby sayang2kan kereta tu sebab kita pun sayang sangat dengan kereta tu.
Tapi, disebabkan selalu travel jauh dan tak nak perkara macam nie berulang lagi, hubby buat keputusan untuk tukar juga kereta lain. Kita dengan Adam memang rasa sedih sangat.
Optra yang gagah perkasa. Walaupun sekadar 1.6, tapi ketahanan fizikal dan mental kereta nie memang kita tabik sangat. Mileage, dah almost 300, 000km. Duration dah 6 years. But yet, full engine block masih kukuh di situ. Wear and tear macam biasa lah... Tapi, bila nak tolak ke used car dealers, alahaii..sedihnya. Memang rasa tak worth langsung harga tu.
So, abang ipar kita offer untuk take over kereta tu. Dia ada plan dan idea nak proseskan kereta tu macam mana. So, hubby pun dengan senang hati dan kami dengan bersyukurnya lepaskan kereta tu pada beliau. Alhamdulillah.
And now, actually dah almost 2 months, kami dah ada cik abang kereta baru. Harap2nya yang ini lebih perkasa lah hendaknya. Walaupun ikut calculation kita, macam kurang kemampuan jer nak memiliki cik abang baru nie, tapi hubby confident. Insya Allah katanya.
Maaflah, gambar tu tak sempat nak edit dah. Main printscreen jer...
Owh, kalau ada yang tak tahu kisah, bolehlah ke link yang tersedia di bawah untuk menyusuri cerita ini yer..
1. Kisah Tersadai
2. Kerosakan
3. Pemulihan
33 thoughts..
Aziela..Memang kan, kalau nak jual kereta yang dah lama kita pakai, terasa sayang sangat.
Apapun tentu tak mengurangkan keseronokan berkereta baru,semoga menjadi kereta kesayangan juga.Cantik kaler kereta baru tu..
Jgn takut Toyota juga gah dan tak kurang hebatnya. Salah satu kereta di syarikat kakak guna ini Ziela.
alhamdulilah..beshnye bau kereta baru :)
besh..besh...
salam sis Aziela
wah wah wah wah....!!!!!
ada kereta baru erk....?
Alhamdulillah TA tumpang gembira sis...
tang kereta lama tu..kalau sayang simpan je..start 1 minggu 1 kali..tapi kalau simpan ada yang nak guna ke...?
hehehhehehehehehhehe
sis...terima kasih atas komen sis pada post TA ttg Catering marina indah tu
Insya-Allah akan TA postkan di kemudian hari ttg maklumat detail..
Ni pun smabil2 update sambil menguruskan bonda TA...
Happy blogging sis...
@ummiross Insya Allah kak.
@:: Mrs.Eady :: Thank you yer.
@Kakzakie Harapnya begitulah kak. Kalau ikut saya, ambil Hilux, banjir pun x risau...hehehehehe
@♥ Wina ♥ Alhamdulillah Wina..
@Rahmah Abd Mutalib Hihihihi... Tapi Al- Lephard lagi besttt
@TiranaAduka Abang ipar dah ambil alih dah, TA. Tak risau lagi dah. Alhamdulillah.
Owh, sekadar berpendapat saja. Jangan ambil hati yer.
salam. dulu sy guna wira selama 11 thn...syg nak tukar tp sbb anak2 bertambah kena la beli innova. tp jodoh innova x lama sbb keluarga sy mengecil jd skrg sy pakai preve aje...
wah dpt kereta baru..honda gitu...kelas!!!!!.xpelh azie, mmg la kita syg ttp utk keselamatan n keselesaan..suami akak pn brpndpt mcm suami azie so kami sering tukar kereta setiap 5 thn sbb sering jln jauh.itu kiranya bkn nk tukar selera ttp keperluan.....jgn sedih2 ye.....
lepas ni langkah lebih jauh...boleh sampai Penang... :)
Kereta memang la susut nilainya, malah kadang rasa tak baloi langsung. Apa nak buat...
kdg2 perlukan perubahan utk kebaikkan kita
@JUK DIN Keluarga kami memang kecil, Juk Din. Maintain yang inilah kot. Insya Allah.
@NzA Itulah kak...keperluan kan. Tapi, bukan Honda lah kak. Toyota jer nie..hehehehe
@luddin Errr, Penang another 2 weeks kot, Insya Allah..
@azieazah Sangat2 tak berbaloi kak. Tapi, memang kamu guna habis2an sebab selalu travel.
@umma sharifah Iya kan...
oklertu.. kdg kereta bila dah lama memang makan duit sikit.. kalau sayang tinggal2kan.. tapi akkapun jenis pakai kereta sampai puasler.. pelik tengok orang pakai kereta sekejap jer...
patah tumboh hilang berganti. tapi yang dok ganti ni ummmph...mantap tu!
selamat naik kereta baru.
Bestnya dpt kereta baru... Semoga Aziela n Family happy, jalan2 dgn kereta baru...
alhamdulillah kereta baru..
sis aziela...
Pekabar...?
maaf sis kalau TA tak dapat balas jejak sis..almaklumlah blogging sambil membela Bonda TA....
@Cho Zila Macam ada bonding, kan kak.
@FaZa Insya Allah. Dia kena mantap dan perkasa. Selalu jalan jauh. Hihihi
@Sang Kerapu Terima kasih. Bukan jalan2 jer, nak buat cari makan juga. Hahahaha
@Mrs Velentine Alhamdulillah...
@TiranaAduka Tak apa TA. Ini pun satu entry, berkali2 TA tinggal jejak. Bonda ndhi sekarang TA?
Salam.. Hi Kak Aziela, apa khabar?
Wah dah tukar kereta baru.. Memang sayang nak jual kereta yang dh lama gunakan.Banyak jasa kereta akak tu.. Nur sibuk sikit dan tak berapa sihat.. Kena batuk dan selesema.
Oh my...dapat Abang Camry hehe! Cantik...insyaallah tahan lama ni hehe...amboi bergaya la akak eyh hehehehe...tahniah buat Kak Aziela dan hubby dan Adam kerana dimurahkan rezeki hehe :)
Catat Ulasan