Kita sambung yer....
Rumah pertama yang kami pergi ialah rumah adik kepada Mommy. Uncle Ah Huat. Mommy nie 5 beradik, and Mommy no. 2. First ialah kakak, iaitu Auntie Nyaros dan adik2 Mommy semuanya lelaki.
Biasanya kami semua memang akan berkumpul di rumah Uncle Ah Huat sebab dia anak lelaki pertama. Atok dan Nenek hubby kan dah meninggal, that's whylah kami berkumpul di rumah Uncle Ah Huat. Malam raya, pagi raya biasanya di rumah mereka.
Pagi raya, biasanya tak pagi sangatlah. Dalam pukul 10.30 atau 11.00, kami semua dah berkumpul di situ. Maklumlah, mereka kan ada makan besar dan aktiviti lain malamnya, so biasanya cousin2 hubby tidur sampai matahari tegak sikit lah..hehehhehe.
Pernah juga masa kami tiba, mereka semuanya baru bangun tidur. Hahahahha. Tapi dah biasa kan, so buat rumah macam rumah sendiri la. Tapi this year, kita awal2 dah cakap dengan Mommy, ajak semuanya datang lewat sikit. Bagi chance family yang lain bangun tidur dan settle down. Mengada2 kita kan? Dahlah menantu, request macam2 pula. Hehehhe. Menantu ke anak ke, kita tetap anggap Mommy and Ba sama seperti mak dan ayah. Macam mana kita dengan mak ayah, macam tu juga lah kita dengan Mommy and Ba.
Anyway, pukul 11.00 kami amsih di rumah Mommy lagi. Maklumlah, bila abang ipar ada anak kecil 2 orang, agak havoc sikit jadinya kan. Tapi, Auntie Alan iaitu wife Uncle Ah Huat call tanya kami kat mana. Kenapa tak sampai lagi. Hahahahha. Gelak besar kami semua. Tak pernah2 kami di telefon sebab lewat datang. kelam kabutlah gerak ke Ayer Keroh lepas tu.
Macam biasa, kami masuk rumah orang, terus kecoh2. Hehehehe. Buat macam rumah sendiri. Adam dan Firdaus dah memang bebas dalam rumah tu. Ikut suka diorang la nak duduk mana, nak buat apa. Tapi tahun nie, kurang meriah sikit. Adik lelaki Mommy yang lagi 2 orang iaitu Uncle Ah Seng dan Uncle Chin Hock tak dapat join. Both families pergi raya kat Australia. Family Auntie Sharon iaitu wife Uncle Chin Hock memang menetap di sana.
Oh, dah pening yer? Tak per, layan jer lah yer...
Ba dengan family abang ipar kita.
3 mak orang.
Yang kiri sekali ialah Auntie Alan. Sangat2 friendly and warm. Everytime jumpa hubby, directtt jer dia tembak : Paul, lu jangan makan daging banyak2. Eat a lot of vegies. Aiyyoo...look at you lah....
Hahahahha. Tapi hubby selalu sengih jer kalau dia tegur2 tu.
Ba and Uncle Ah Huat
Siang Siang and Yvone
Ok, seriously, kita tak pernah ingat full name cousin hubby nie. Cousin hubby ialah Siang Siang, yang lelaki. Wifenya nama Yvone. Sama nama dengan adik Siang Siang yang bongsu, Yvone. Siang Siang ada 4 beradik. No. 2, Elaine ; No. 3, Shermin ; dan yang bongsu Yvone. Elaine sedang menuntut lagi, ambil Master. Shermin pula terlibat dalam industry bakery. Menarik sangat sebab Shermin ialah seorang lelaki. Yvone pula baru Form 5 tahun nie.
Anyway, Siang Siang dah berkahwin 3 tahun. Majlisnya memang meriah la. Memang kami semua pun happy dalam majlis tu. Tapi belum ada rezeki untuk baby lagi. Since Siang Siang ialah anak lelaki pertama, maka dia tinggal dengan parents dia. Dalam family Cina, tak pasti lah Hokkien saja atau sama macam tribe lain, semua anak lelaki pertama harus bertanggungjawab menjaga ibu bapa mereka sampai ibu bapa tu mati. Sebab tu lah biasanya orang Cina sangat value anak lelaki.
Kita sekadar explain. Anda semua pun boleh fikir dan bandingkan dengan kecantikan Islam, kan? Dalam Islam, lelaki atau perempuan, anak atau menantu, harus sama2 bertanggungjawab ke atas ibu bapa suami dan isteri.
Since 2 tahun berturut2 sebelum ni kami tak beraya, maka Uncle Ah Huat dan Auntie Alan tak order food. Tapinya, memang kami dah kenyang bersantap macam2 kat rumah Mommy pun. Tapi, diorang memang tak puas hati kalau kami tak makan kat rumah diorang. So, Siang Siang dan Shermin keluar beli fast food untuk kami. Kesian diorang. Buat susah2 jer. Dah bagi tau kami dah makan pun, diorang paksa makan juga. Walhal diorang tak makan pun ayam KFC tu. Uncle Ah Huat dan adik beradik Mommy yang lain, sembah tuhan yang patung perempuan tu kalau tak silap. So, first day raya, diorang tak boleh makan daging. Vegeterian jer. Tapi, kami pun setakat jamah lebih kurang jer, sebab kenyang lagi.
Anyway, lepas Adam dan Firdaus habis makan macam tak kenyang2 makan kat rumah, kami pun gerak ke rumah berikutnya. Next entry baru story lagi yer. Ker...sambung next week jer?
.
23 thoughts..
Assalamualaikum..meriah je kan..=)
waaa . besar punya family ;)
nampak sangat ikatan saliturrahim yang walaupun berlainan agama hubungan tetap dijaga...
teringat CNY tahun 2003 akak ikut mak usu (anak cina diambil oleh keluarga melayu dari kecik) menziarah bapaknyer di penang... memang sambutan diarang kat kita buatkan kita terharu..
wahhhh.. dapat kurasakan kemeriahannya. & entry ini membuat akak nak sangat makan kfc, huhuhu
bapa MV hokkien juga..dulu uncle MV yg jaga my pow2..
Bestkan..nmpk kemesraan n kemeriahannya...Alhamdulillah mrk memahami agama yg berbeza n sanggup brsusah pyh order fastfood utk azie skluarga.....
seronoknya beraya...
bes!
sungguh meriah mak kanns..,ehHHe
Bertuah U Aziela, sebab perkahwinan campur, boleh lihat dan merasai lebih dekat budaya tradisi dan cara hidup mereka.
Keluarga tetap keluarga, wpun berbeza, kan? Seronoknyaaaa!
tu lah cantiknya kalau kita berpeluang kenal culture bangsa lain. Akak bertuah!
@~Emaa Hasnah (^_^)~ Wa'alaikum salam warahmatullah. Yer, meriah juga la...
@nurul ezzatie zulkarnain Taklah besar sebenarnya, tapi bila berkumpul, macam ramai jer kan.
@Cho Zila Mereka menghormati kita kan kak..
@Seri Kandi Tanah Jauhar Dah dapat KFC blom kak?
@Mrs Velentine Kannn? Memang tradisi macam tu kan...
@NzA Itulah kak. Kami pun selalu rasa dihargai.
@Rahmah Abd Mutalib Seronok..hehehehhe
@afeb pilah Bestttt...hehehehehe
@Wak Gelas™ Iyerlah Wak...
@azieazah Ada pro dan cons nyer juga Kak Azie. Tapi Alhamdulillah kerana berpeluang merasai pengalaman nie.
@gadisBunga™ Terima kasih dear. Tuah itu ada pada semua orang.. :)
Hehe....memang meriah betul...macam mana pula pembahagian ang pau kat setiap rumah tu...mesti Adam dapat ang pau hehehe :)
Catat Ulasan