Khamis, 28 Februari 2013

Sambal Tumis Udang Dan Beras Perang

Assalamualaikum.....





Ada suatu malam tu, kita rasa macam nak memasak sesuatu. Selalunya kita masak untuk dinner bila hubby ada atau masa bulan puasa kalau weekdays nie. Hari yang lain2 tu, biasanya makan simple2 jer.

Kebetulan ada beli udang. Konon nak masak spaghetti, tapi spaghettinya pula tak ada stok. Nampak ada cili boh sedikit dalam fridge, teruslah kupas bawang, hiris sana sini sikit, operatekan si udang tu, lebur dalam kuali. Tanakkan nasi sedikit, dan makan dengan ulam.

Makan seorang. Manalah terdaya nak ngap semua. Esoknya bawa bekal ke office.




Oh, sejak kebelakangan nie, dah mula cuba makan nasi beras perang. Brown rice nie katanya lebih berkhasiat dan lebih fiber. Sebelum nie, kita guna beras Herba Ponni Taj Mahal tu. Sedappp. Tak banyak kanji dan makannya puas jer. Beras perang nie pula memang sangat mengenyangkan. Nasi separuh dalam pinggan tu tak habis tau, sebab rasa dah kenyang. Ke, kita tak biasa dengan rasa dia ke...tak taulah. Pada lidah dan tekak kita, nasi nie memang tasteless. Mesti semua orang pelik kan, sebab nasi putih memang tasteless. Tak apa, nanti cuba sendiri jer. Tasteless nasi putih beras biasa, dengan beras herba ponni, dengan beras perang. Sangat berbeza rasanya. Pada kita, beras perang nie rasa macam biji2 barli yang direbus. Pernah minum air barli tak? Bayangkan barli tu direbus tanpa gula dan daun pandan sehingga rasa barli tu hilang. In short, rasa macam hampas biji barli lah kiranya. Tawar beleser (kata orang Melaka). Tapi mengenangkan khasiatnya tu, telan jerlah kan...


Anyway, syukurlah sambal tumis yang main lebur apa yang ada tu sedap rasanya. Heheheheh. Tak complete ikut resepi pun, janji boleh jadi lauk. So, dah tau dah, lepas nie kalau buat macam mana rasa apa, buat macam itu, rasa macam tu. Eksperimen kan...


Anda suka bereksperimen tak?



.



12 thoughts..:

Qashmere berkata...

Sedapnya tengok gambar sambal udang awak tu...nak sikit boleh? Hehehe

Beras perang ni memang bagus. Mak saya dah mula makan semenjak dapat kencing manis, saya pon kadang2 ambil sekali. Cuma rasanya macam tasteless jugak kena byk letak kuah atas nasi..Memang cepat rasa sebu dan kenyang kalo makan ni.

Tapi ntah lah, pada saya makab beras perang ni rasa perut berangin...rasa nak tut je...

Kakzakie berkata...

Betul brown rice memang baik utk kesihatan. Tak banyak kanji. Tapi kakak kurang sukalah Ziela.. itulah kakak ni kan yg baik tak suka macam mana nak sihat:(

Deqla manjew berkata...

perghh sedapnye.. nmpk mcm udang tu melambai2 deqla la kak..haha..nih kalo letak petai deqla lg suka.. akk mkn petai x?

Sang Kerapu berkata...

Kalau saya.... Udang makanan asasi ikan.... Jadi umpan... Anyway... Cara sambal udang tu pernah saua buat tapi tambah sos tiram dan saleri....udanglak....udang harimau yang hanya dibuang otaknya dan urat belakang....

RamRamCute berkata...

owh sedap tu...kalau saya tak nak makan nasi beras perang tu..kalau dah ada sambal udang ni mesti sedap kalau makan dengan roti gardenia aje..perghhh meleTOPS punya!

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

makanan yang berkhasiat kenapa selalunya tak sedap ya??

sambal udang tu, orang Johor kata, mengancamlah!!

Azian Elias berkata...

akak kat rumah guna beras mathi sebab ramai yg kencing manis.. ingat nak cuba gak beras perang.. tapi takut the rest tak suka..

Intan Akma berkata...

owh..teringat udang galah dalam peti ais dipancing cik abang x masak-masak

Zamani Abe berkata...

aa.... terliurnye.. lprnye....

ainnoraini berkata...

pernah jugak cuba...tapiii bila mkn mcm tak puas jer..,,tekak ni mmg benda2 yg elok selalu je tak lalu nk habiskan.,

❤Kamsiah❤ berkata...

bagus utk diabetic,kan..

BUNDA a.k.a KN berkata...

brown rice mmg baik ... tapi ada juga yg tak gemar, yang paling mengancam, sambal udang tu...

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink