Rabu, 27 Februari 2013

Apam Lambong

Assalamualaikum.....

First of all, tak ada kena mengena dengan Mael Lambong yer...



Apam Lambong nie ialah salah satu kuih yang dijual di pasar malam Taman Gelora, Kuantan. Orang Kuantan mungkin dah tak heran kot. memang makanan tradisi ker nie ek? Kita pun tak pasti. Tapi di N9, atau Melaka, memang kami tak pernah jumpa kuih nie.

Since ini adalah kali pertama kami jumpa, kami pun belilah satu. Nak rasa.



 Inilah rupa Apam Lambong tu. Kira, kalau dibeli, beli sekeping tu terus. Tak silap kita, harganya hanya RM2.00 sekeping. Bolehlah balik rumah dipotong2 untuk di makan sekeluarga kan. Kalau tak nak potong, hidang terus dalam pinggan pun boleh. Sama2 cubit sedikit2 untuk mengeratkan ukhuwah kan. Macam lagu Mas Idayu tu lah... Cubit-cunitan, Senggol-senggolan... Ha, sambung sendiri!




Rasa kita lah, yang di beri nama lambong nie sebab bila apam ni dah masak di bakar, maka ianya akan dilambong untuk mengeluarkannya dari acuan. Memang unik. Maka dengan itu, resepinya harus tepat. Kalau tak tepat, pasti takkan boleh dilambung. Suhu dan jangka waktu memasak juga harus tepat untuk memudahkannya 'meloncat' keluar daripada acuan.

Apam ni, di taburkan dengan kelapa parut yang di gaul bersama sedikit garam dan gula. So, manis la yer. Apam tu tak manis, sebab akan di cicah dengan kelapa parut tu.

Tapi, baru sekali makan, berdua jer dengan hubby. Maybe next time kena makan ramai2 baru boleh terasa lebih istimewa kot kan...





P/S : Walaupun semalam tiada entry, tetapi masih ada yang sudi berkunjung ke My Rainbow. Terima kasih.





.

21 thoughts..:

:: Mrs.Eady :: berkata...

tak pernah raseee....!

Nadia Johari berkata...

first time dgr..hehe

Deqla manjew berkata...

sedap nmpk.. owh itu tandanya blog akk fofular.. hihi

Zurina berkata...

tak pernah tgk...pelagi merasa..cantik apamnya...bunga2 lagi...:)

Daddy Ziyyad berkata...

1st time dengar dan lihat apam jenis ni..hahaha

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

mesti melambung2 bila keluar dari acuan tu... suka gaya penceritaan Ziela yang mantap!!

Sang Kerapu berkata...

Alamak tgk gambar, mcm sedap jer. Teringin pula nak merasa....

gadisBunga™ berkata...

saya kat kuantan dulu tak penah pulak makan apam nih!

aby berkata...

ada jaga nama apam lambong yer ..
sib baik harga dia tk melambong lambong ...

Wan Ahmad Izudean berkata...

wah, baru tahu. kalau jumpa boleh beli dan rasa nanti..

RamRamCute berkata...

First time baru tengok kuih seumur hidup ni..unik..sedap ye wak?

Aziela berkata...

Mrs Eady : Nanti datang Kuantan yer.

Aziela berkata...

Nadia Johari : Akak pun first time juga.

Aziela berkata...

Deqla Manjew : Alaa...mana nak sama popular dengan blog Deqla kan...hehehehehehe

Aziela berkata...

Zurina: Menarik kan...

Aziela berkata...

Seri Kandi : Memang melambungggg Kak Sariii...hihihi. Aduhai kak..mana ada mantapnya kak. Macam bercerita2 jer nie.

Aziela berkata...

Sang Kerapu : Kalau bypass Kuantan, bolehlah singgah nanti yer.

Aziela berkata...

gadisBunga : Akak pun jumpa kat pasar malam nie jer. tempat lain x ada pula.

Aziela berkata...

aby : Hahahhaa...nama dia tu catchy kan..

Aziela berkata...

Izudean : Boleh..bolehhh

Aziela berkata...

RamRamCute : kena makan masa panas la awak..

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink