Ziarah Kali Terakhir : Mak Uncle Ah Chai

18 comments
Assalamualaikum.....

Entry yang lama tertunggak.

Lebih kurang 3 bulan lepas, ibu saudara Mommy telah meninggal dunia. Kita memang tak tahu nama dia. Tapi dia memang friendly. Selalu kami panggil dia Mak Uncle Ah Chai sebab Uncle Ah Chai yang tinggal dan jaga dia since jadi anak pertama lelaki.


Nenek tu duduk di tepi sekali sebelah kiri, berbaju merah dan hitam. Tahun nie, tak pernah2 kami terima kunjungan masa Hari Raya Aidil Adha. Tapi, mengikut kata Uncle Ah Chai, nenek nie ajak datang ziarah kami juga sebab tak sempat datang masa Aidilfitri. Manalah kami tahu yang dia dah nak 'pergi'.

Nenek nie 'pergi' disebabkan kemalangan semasa melintas jalan untuk ke kedai makan yang dipunyai oleh anaknya di Tanjung Minyak. Walhal, dia masih sihat walafiat lagi. Anak2nya memang sangat rapat dengan kami. Cuma cucu dan cicitnya masih agak segan2 dengan kami.


Kami ziarah selepas 2 hari kematiannya. Katanya, mereka 'simpan' nenek nie seminggu dulu sebelum upacara seterusnya. Nenek ni dah pesan suruh tanam dia, jangan bakar dia.


Masa di sini, Mommy jumpa dengan kenalan lama iaitu Auntie yang baju biru tu. Yang pakai baju hitam ialah Aunty Wai iaitu anak nenek. Dalam tempoh berkabung nie, anak pakai hitam, cucu pakai biru dan cicit pakai hijau.


 Antara ahli keluarga dan tetamu yang menziarah. Kami pun tak berapa tahu sangat, tapi yang penting kami semua datang menziarah sebagai ahli keluarga.




 Macam biasa, ada kuih2 dan kacang2. Kami makan kacang dengan minum air mineral jer lah.



Ini pula Aunty Bo yang baru jer buat open house masa Raya Cine Ke-2 yang lepas. Di pangkuannya ialah cucunya, merangkap cicit nenek yang meninggal tu. Sebab tu lah kena pakai baju warna hijau.

Ini adalah kali ke-2 kita menziarah kaum Cina yang mati. Kali pertama adalah ibu kepada boss kami. Di Nirvana Center di Sg. Besi, kemudahannya lebih teratur dan tersusun. Tapi dengar khabarnya, pakej untuk kematian di Nirvana tu boleh mencecah ke ratusan ribu seorang. Waahhh...

Alhamdulillah kerana kita semua rakyat Malaysia yang hidup rukun dan damai walau berlainan agama dan bangsa...


Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

18 thoughts..

Mrs Velentine berkata...

RIP buat nenek..

pB berkata...

semua orang akan ke sana juga ...

Dr K berkata...

Kubur di Nirvana Nilai tu khabarnya yg paling mahal siap ada aircond!

wakgelas berkata...

salam takziah mak yee..,

TiranaAduka berkata...

salam sis Aziela
Kita pun akan kesan jua akhirnya...
Hanya amalam yang di bawa selain meninggalkan 3perkara di muka bumi...


p/s Jangung pun ok gak ..almaklum lag JAWA sgt hehehhehehe...thanks sis aziela...TA silaptaip tu...mengaku ni...hehhehehehehhe
Happy blogging sis..

GOGOGOGOGO caiYuk sis aziela

Aziela berkata...

@Mrs Velentine TQ MV

Aziela berkata...

@pB Betul tu

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Memang macam 5 star hotel, Doc.

Aziela berkata...

@Wak Gelas™ Err, kita pun tempias sipi2 jer Wak. Anyway, terima kasih.

Aziela berkata...

@TiranaAduka Terima kasih TA. Ha, mengaku tak apa... kalau x ngaku, kena rotan nanti. Hihihihi

zoul dahan™ berkata...

Baru saya tahu pasal warna hitam, biru dan hijau tu.
Selalunya main belasah warna merah jer...

R.I.P untuk Mak Uncle Ah Chai...

NzA berkata...

oic..baru tahu ttg warna2 yg mrk pakai tu melambangkan bil keturunan...TQSM 4 sharing.

ummiross berkata...

Islam memang menganjurkan berbaik sesama kita walaupun berlainan agama kan Aziela.

Unknown berkata...

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi singgah dan mengucapkan selamat hari lahir kepada saya.

mama maman aka yana berkata...

mama blm pernah lg pergi menziarah kaum lain selain kaum melayu...

kematian adalah suatu kemestian tak kira bangsa apa atau agama apa.. takziah buat keluarga untie...

Unknown berkata...

Salam Takziah jugak

Nik berkata...

RIP
dgr pun mcm tu la. Nirvana tu tepi jln kan.selalu gak nampak.ingatkan bangunan apa. tak sangka la aritu hubby cakap tempat urusan kematian

Unknown berkata...

Hurm...boleh nampak kerukunan rakyat Malaysia yang datang menziarah tidak kira bangsa dan keturunan...saya respek :)