Based pada introduction kita tentang hubby sebelum ini di SINI, maka kita mulakanlah story sambutan kami. Acara rutin sejak kita melangkah masuk keluarga hubby. Walaupun ada tahun yang kami skip sebab nak pergi holiday, tapi biasanya akan cuba kekalkan rutin ini.
Pada malam new year, jaranglah kami join. Dulu2 mungkin ada, tapi ada rasa tak syok sikitlah, sebab food dan a few traditions lain yang tak seiring dengan kita semua.
So, biasanya kami hanya pergi berziarah masa hari pertama jer.
of course, kena berkumpul kat rumah mommy dulu. Mommy biasanya masak breakfast heavy untuk kami sekeluarga. Almaklumlah, belum tentu lagi boleh makan apa untuk hari tu kan. Dulu2 masa kita baru jadi menantu, memang menahan lapar sebab rumah sedara mara biasanya serve biskut2 dan kacang2 jer. Sampai kembong air kotak. So, bila Adam lahir, percaya tak, kita pergi raya bawa bakul bekal. Hahahha. Air panas, Nestum Adam, dan selitkan food untuk kami sikit. Janjiii, anak dapat makan, dan kami pun dapat beraya.
Tapi, a few years ago, a few uncles and aunties biasanya ada tempah food daripada caterer Melayu untuk kami family members yang Muslims nie makan2.
Dah makan, dah kenyang, semua dah bersiap sedia untuk nak beraya. Adam every year akan beli baju raya untuk CNY ni. Tahun nie dia nak jersy kaler hijau nie. Tapi, abang ipar kita dok lepak lagi. Bila semua orang dah nak keluar pintu, baru dia kelam kabut perasan dia tak bersiap lagi.
Lepas nie, kami pergi rumah pertama. Nanti sambung entry lain yer. Panjang sangat pula nanti kan.
.
19 thoughts..
itulah best nya kalau berkahwin dgn pasangan yg lain bangsa/budaya...kita boleh experience budaya mereka..asalkan tak jejas akidah kita..
beshnye jalan² beraya CNY..
waahhh!! adam siap ada baju raya best nya...mesti dapat banyak angpau ni..
selamat bertahun baru kak
haaa.. dari hari tu akak tunggu2 entry CNY dari Ziela sebab akak dah tahu yg ur mommy punya story dalam entry masak perkim sebelum ni tu, hehehe
seronok jugak kawin berbilang bangsa ni kan? boleh celebrate raya yang lain lain. :D
seronok jugak yer family chinese ni, beraya dlm suasana cina tapi dlm versi muslim. best2.
best kan kak dapat tengok pelbagai tradisi yg berbeza. seronok la adam dpt byk ang pow. hehe..
salam sis aziela
Lawatan di pg jumaat yg damai.
@Daddy Ziyyad Yeap. Bab akidah, kena sentiasa berwaspada.
@♥ Wina ♥ Jalan2 wajib nie Wina..
@Rahmah Abd Mutalib angpau? Aiyark!
@Mrs Velentine Selamat tahun baru juga, MV
@Seri Kandi Tanah Jauhar Kak Sari perasan yer? Cekap betul...hehehehhe
@gadisBunga™ Tak pernah akak terfikir akan ada kehidupan macam nie...hihihi.
@nea lopah Ada sedikit asinglah...hehehehe
@Rai Ourkizuna Betul..kalau tak, kita tertanya tanya jer kan.
@TiranaAduka Terima kasih singgah yer TA...
Wah....Adam pun ada baju raya....ingatkan samfu rupanya jersey hehe...tak apalah, masih bergaya hehe :)
Catat Ulasan