Khamis, 26 April 2012

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum.....


Lauk pada salah satu weekend yang lepas. Lauk simple. Bahan2 yang mudah dan cara masak pun mudah. Siapa kata memasak gulai mcm nie susah kan... Erkk, tapi nampak pucat jer kan...? Anyway, memang laku betul lah. Hubby suka makan dengan gaul kicap sikit and Adam pula, makan begitu jer dengan nasi.

Resipi? Mak aihh..sonang yang amekk...

Ayam ikut suka banyak mana, santan ikut nak kuah banyak mana. Yang penting mesti ada cili padi, serai dan kunyit hidup. Tumbukkan semua hingga betul2 lumat. Biar biji2 cili tu sekali hancur kita tumbuk yer. Stail kita masak pula, nenek pesan, tumbukkan sekali 2-3 ulas bawang merah kecil untuk tambah perisa. Jangan lupa 2-3 batang serai yang agak besar, tumbukkan pecah2 sikit. Anyway, resipi original orang N9, tak ada bawang tau....

Jangan ditumis bahan tumbuk, sebab cara N9 masak, tak ada tumis2. Masukkan potongan2 ayam yang dicuci bersih dalam periuk, curah semua bahan tumbuk atas ayam tu, dan tenggekkan atas api. Ini kita panggil, kecutkan ayam dalam periuk. Jangan tambah air atau apa2 pun. Just keringkan air ayam dan dari bahan tumbuk tadi tu. Gaul2 sikit. Bila dah kering air, baru masukkan santan cair. Gaul dan biar mendidih. Bila dah start mendidih, masukkan ubi kentang, asam keping dan garam. Lepas tu dah tak boleh stop kacau yer. Api kasik kecikkan sikit, gaullll jer sampaiii betul2 masak. Lagi lama kacau kuah atas api slow, lagi sedap jadinya sebab kuah dan isi ayam sebati. Agak2 10-15 minit sebelum angkat, masukkan santan pekat. Kacau lah hingga ayam masak, hingga kentang empuk.

Siap..boleh hidang...

Masak nie untuk lunch. Kebtulan tak masak banyak sangat pun. Tinggallah 2-3 ketul jer balance. Ingatkan nak masak lain untuk dinner. Tapi malam tu Mummy dengan Ba (parents in law) singgah rumah, terus dinner. Kelam kabut kita siapkan lauk lain, tapi lauk nie juga yang dicapai dulu oleh mereka. Hmm..tandanya sedaplah kan... So, boleh lah masak macam kat atas tu...

Selamat memasak....

3 thoughts..:

Zamani berkata...

Salam~ Zam datang usha2 blog anda ;)
Thanks sbb sudi join segmen Blog Pilihan Zamani 84
Sambil2 menunggu keputusan di umumkan, jom blogwalking
dulu & berkenalan sesama bloggers. Pada yang dah bermula awal,
korang mmg sporting la :D Senarai terkini peserta
(sehingga 24hbApril) telah di update:

http://zamani84.blogspot.com/p/peserta-segmen-blog-pilihan-zamani-jom.html


ps: ape2 yg dimasak gulai cili padi, ayam ke, telur ke, ikan keli salai ke, mmg terbaik!!

NzA berkata...

sedapnya...lama dh xmasak lemak cili padi yg nyummy nie....

Kancil 8349 berkata...

wah..sedapnya...nak juga...hehehe

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink