Sejak dua menjak nie kita asyik join segmen dan asyik buat segmen..hehehehhehe. Owhh..jangan lupa join GA pertama kita di SINI yer. Maklumlah, GA pertama, mungkin banyak kekurangannya. Tapi seronok sangat baca birthday wishes dari participants. Rasa disayangi pula (walhal kita paksa...heheheheheh). Owhh..jangan rasa terpaksa yer. Kalau ikhlas, sudi2kanlah yer.
So, dah lama tak post entry makan2. Almaklumlah, jarang makan diluar dah sekarang sebab busy sangat. Sejak Adam masuk darjah 4 nie, rutin hidup satu keluarga ikut berubah sekali. Makan ikut mana sempat. Ha, salah satunya menu di bawah nie lah.
Dalam dunia blog masak memasak nie, pasti ramai blogger yang dah kenal dengan sotong dalam kicap yang di tinkan berjenama REX. Kat kedai2 dan supermarket memang banyak. Rupa paras dia macam di bawah nie.
Google..
Owhh, jangan pula bila nampak ada tulisan Cina tu, terus 'ban'kan. Itu strategi marketing syarikat REX tu. Ianya tetap halal. Kalau x caya, nanti belek2 tin, nampak terpampang cop halal Jakim.
Family kita dah lama sangat2 makan sotong nie. Asalnya, arwah atuk kita suka sangat. Adalah lebih kurang 15 tahun lepas dah start ada sotong nie dalam list groceries. Sejak atok introducekan menu nie kat kitorang, the whole family suka dengan sambal nie. Makan dengan nasi putih, ulam timun potong pun tak per. Tapi hubby not really fancy with this dish. Adam suka, confirm nasi dia dari separuh portion, bertambah jadi 2 pinggan.
Selain sardin dalam tin, sotong nie juga sesuai untuk lauk emergency. Senang sangat nak memasaknya. Meh tengok resipi kita yang sempoi nie yer. Maaflah, pakai cili padi. Tak boleh nak lari, sebab half N9 and half Jawa, hihihihi.
Sambal Sotong REX resipi Atuk
1 tin kecil sotong REX
10 biji cili padi ( terpulang pada tahap kepedasan masing2)
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah kecil
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara2 :
1. Tumbukkan lumat cili padi. Hancurkan biji2 tu sekali.
2. Masukkan bawang putih dan bawang merah ke dalam lesung dan tumbuk bersama cili padi tadi. Tapi, tak perlu tumbuk hancur bawang2 nie, cukup sekadar hancur kasar2 saja.
3. Tumiskan bahan tumbuk hingga sedikit garing (jangan garing sangat yer)
4. Masukkan seluruh isi tin sotong REX tu. Sekali dengan kuah kicapnya sekali.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Hidangkan panas2.
Ha...senang sangat2 kan? Kalau untuk yang bujang tu, memang senang sangat. Kalau x suka cili padi, nak pakai cili merah hidup pun boleh, nak pakai cili kering pun boleh. Pilihan cili, terpulanglah pada selera masing2.
Ha, lega sikit sebab ada santapan mata hari nie... Silalah cuba yer.
Psst... jangan lupa ini yer... 1st Giveaway Miss Banu and Aziela
6 thoughts..
erm...sedapnya nampak cili padi tu...
baru first time tengok jenama nie...kat rumah nie jarang la beli sotong2 nie al-maklum la sotong mahal..hehehe
wah mcm sedap je ni hehehe
same with me baru tahu jakunnyer
jrng beli mknan dlm tin gini
nnt boley try la
sedap betul, dah 2 kali cuba. Terima kasih for the recipe
assalamualaikum..terima kasih atas perkongsian resipi. sye nak bertya... yg dalam gambar tu rupa kicap sotong kew? sbb sye mencari kicap sotong tetapi x thu bagaimana rupa pakaging kicap sotong
Catat Ulasan