Pengalaman Merasai Tempias Gempa Bumi Acheh 2012 di Malaysia

1 comment
Assalamualaikum.....

Gambar pinjam dari adik HOT kat SINI



Bergegar lagi kan semalam...?

Kita ambil kesempatan untuk berehat di KL jer semalam walaupun cuti. Tak balik PD, tak balik Kuantan, tak balik Melaka pun. Tujuan memang untuk berehat semata2, maka kita pun berehat di samping masak untuk perut sendiri dan kemas kain baju lebih kurang.

Tapi petang, sambil2 bergolek membaca novel, tiba2 rasa badan bergoyang2 seolah2 ditolak2. Ingatkan kita ker yang pening dan mamai. Tp x mungkin sbb perut x lapar, maknanya bukan gastrik atau masuk angin dan x mungkin sebab tidur banyak sangat sbb mmg x tidur pun. Rumah kita di KL nie adalah di tingkat 12. Seriau kan..? Lepas tu dengar bunyi bising2 dari jiran2 turun tangga. Perghh..larat betul nak turun tangga dari tkt 12. Jenguk kat tingkap, adalah beberapa kelompok kecil di lot parking. Ada juga yang dah mula keluar, gerakkan kereta jauh dari bangunan.

Kita malasss sangat nak keluar sebab nak kena bersiap dan packing bagai. Lagipun rasanya tak kuat sangat nie. Call hubby di Kuantan, tanya pendapat beliau kalau x keluar ok ker? Kita comparelah dengan condition dia kat kat Jepun dulu. Dia kan duduk Ichinoseki dulu...dekat2 area Iwate tu juga. Dia kata kalau gempa bumi dulu, stereo atas meja pun boleh jatuh ke lantai... So, kita malas lah nak trun sebab air dalam cawan pun setakat beralun jer...x berkocak pun. Tapi hubby gelak. Dia kata structure bangunan di Jepun memang bersesuaian dengan gempa bumi. Malaysia mana ada buat bangunan ikut spec gempa bumi... Alahaii...cuak pula bila dia cakap mcm tu. Anyway, habis bercakap, gegaran pun hilang. Heheheh...rilek ler lagi.

Petang pula, sambil2 duduk bersila atas lantai tengok tv dan tunggu update, kita rasa badan bergoyang lagi. Macam berwirid pula.... Mula lah pegang dinding. Tapi kejap jer..x lama macam yang pertama tu.

Well...itu ajerlah gegaran yang terasa. Tapi family di Port Dickson semua dah cuak. CNN reported (according to a friend), tsunami dijangka tiba di pantai Port Dickson dalam jam 2.00 pagi. Adam kejap2 call kita..panik. Tp kita pesan soh diorang standby jer. Kalau polis soh pindah, baru gerak... Dlm kepala, imagine Kuantan atau Melaka. Melaka ok sket kot. Dekat sket and rumah kita pun atas bukit tinggi and agak jauh dari pantai. Lebih kurang 30km dari laut. Tapi dekat PD, lebih kurang 2 km dari pantai jer. Sekolah Adam pula, lebih kurang 500m dari pantai. Boleh nampak lautlah kalau dari sekolah dia tu. So, memang dekat sangat.

Tapi, syukur ALHAMDULILLAH.... kita semua masih di dalam lindungan Allah... Semoga akan terus berkekalan begini.. Amiin.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 thoughts..:

RamRamCute berkata...

semoga saudara seislam kita di sana dan di sini juga sentiasa dilindungi olehNYA.