Eheeemmm, dalam pada bersungguh nak teruskan perjalanan pulang ke Melaka, kami masih lagi tersadai di utara. Maklumlah, sayang betul rasanya nak meninggalkan negeri2 utara nie. Sampaikan sanggup tidur dalam kereta di kawasan R&R. Sebaik selepas Subuh, hubby teruskan driving. Dia offer untuk makan breakfast di Pulau Pinang. Waahh...anak2 bukan main seronok lagi bila dapat chance menyeberangi Jambatan Pulau Pinang. Sangat damai dan nyaman. Maklumlah, hari masih awal lagi. Matahari baru nak terbit masa kami atas jambatan tu. Sebenarnya, Adam daripada malam sebelum tu lagi dah request, nak makan roti nan cheese di Penang. Tapi hubby dengan kita mmg dah tak larat langsung nak teruskan driving.
Anyway, hubby pusing2, kami akhirnya berhenti di Nasi Kandar Pelita. Maaflah. Gambar tak ada sebab battery semua dah kong. Kita google jer gambar kat bawah nie...
Siang, memang tak ada roti nan lah kan. So, kami bantailah apa yg ada. capati, tosei, roti canai, megi goreng, nasi lemak..semuanya ada. Tapi one each lah...kongsi2 sbb nak rasa semua food dia. Hmm... memang memuaskan hati. Kebersihan, layanan, kecekapan, semuanya tip top. That's y lah kalau mahal pun, kedai mamak tetap ramai orang...
Selepas pusing2 lebih kurang, kami nak teruskan perjalanan pulang. This time, naik feri pula. Kita dah many times naik, so budak2 nie dgn hubby jerlah yang keluar menghirup angin laut atas feri tu. Seronok diorang.
Bila dah tiba ke tanah besar, kita ajak hubby ikut jalan dalam pulang ke Melaka. Maksudnya, jalan di sepanjang tepi pantai. Lagipun kami tak ada nak kejar apa. Bolehlah nak educatekan budak2 tu dengan berbagai2 knowledge. Diorang boleh kenal nama negeri, nama daerah, nama pantai, produk industri kecil dan buah2an tempatan. Tapi, belum keluar dari Penang lagi, hubby dah terkuap2 x tahan. Kita pulak drive. Malangnya tak tahu jalan. Kat Jaya Jusco baru tu, adalah 3-4 kali tawaf nak cari jalan keluar gamaknya. Tekad juga teruskan jalan ikut jalan dalam. Dah masuk Perak, tapi takkk juga jumpa jalan pantainya. Takut lebih tersasar, masuk highway semula. Hubby dan anak2 memang langsung x sedarkan diri.
Dalam pukul 11 pagi, kita berhenti di satu R&R, kejutkan hubby dan anak2. Suruh diorang pergi mandi dan salin baju sebagainya. Alas perut dengan roti jer. Nasiblah teringat nak beli roti... R&R bukan main padatt lagi. Parking pun sampai berebut.
Selepas selesai segalanya, kita teruskan pemanduan. Tapi, ada sesuatu yang berlaku dalam perjalanan tu...
Next entrylah cerita yer...
0 thoughts..
Catat Ulasan