Assalamualaikum.....

Jumaat yang lepas, Mommy masuk pertandingan memasak yang dianjurkan oleh Perkim, Melaka. Ianya adalah untuk saudara2 baru. Walaupun Mommy bukanlah baru memeluk Islam, tapi beliau tetap tergolong dalam golongan itu.

Sejak kembali ke Melaka 12 tahun yang lepas, Mommy agak aktif dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Perkim, Melaka selain daripada aktiviti di Balai Islam.

Sempena sambutan Maulidur Rasul, bagi mengimarahkan masjid dan umat Islam, maka antara aktiviti yang dianjurkan ialah pertandingan memasak kuih tradisional. Mommy masak kuih cara berlauk dan kuih cara manis. Namun, tak ada rezeki untuk menang. Tapi Mommy ok jer. Katanya, saja seronok2, memeriahkan majlis.

Oleh kerana kita bekerja dan hubby pun ada urusan, maka Ba lah yang jadi partner Mommy dalam pertandingan tu. Sporting kan, father-in-law kita.

Set hidangan Mommy. 

Persiapan untuk acara. Kena ada resipi dan nama kuih. 

Bagi mereka2 yang tak pernah masuk pertandingan memasak, kita share sikit panduannya yer.

1. Mesti ada resipi masakan yang dipertandingkan.
2. Hias hidangan anda dengan lengkap. Kalau pertandingan ialah lauk, harus sediakan set lengkap beserta nasi dan lauk sampingan serta air minuman.
3. Siapkan sudu grafu dan piring untuk pengadil.
4. Bawa hiasan seperti bunga dan kain saprah dari rumah.
5. Sentiasa bersedia untuk menjawab soalan pengadil dengan senyuman dan yakin.





Read More
Assalamualaikum.....

Entry tiada gambar.

2 malam lepas, semasa sedang mengemas kain baju yang di rumah mak kita di PD, kita yang nak cepat, jalan tak berhati2, telah tersepak sisi tikar getah dalam bilik tu. Bila tikar tu tersepak, ianya terjungkit sedikit sedangkan kaki sebelah lain dah pijak sebelah lagi. Maka yang terjungkit itu berdiri tegak dan tak pasti macam mana, sedar2 dah menghiris tapak kaki kita.

Tak adalah dalam dan panjang. Panjang dalan 2 inci saja, tapi sebab kat tapak kaki, bila memijak tu bukan main sakitt lagi. Mula2 kena, meraung tak bersuara juga la. Mulut jer mendesir, muka berkerut2. Mujurlah ada Adam. Dia ambilkan tisu, dia ambilkan cotton buds, dia ambilkan antibiotic krim yang memang ada stok di rumah.

Tapi, sepanjang malam tu, tidur pun rasa macam berdenyut jer. Pagi esoknya kita ke klinik untuk ambil sedikit ubat, tapi doktor tu over concern...dia tolong buatkan dressing. Bukan dressing apa, dia sapu2 dengan antiseptik jer. Malu sangat sebab sikit jer pun. Tapi dia kata nampak macam merah2 sikit keliling luka tu (very mild reddish, ohkay), so dia ambik extra precautions. Tapiii....dia sapu ubat tu, siap jolok2 lagi dalam belahan yang tak dalam langsung tu. Perghhh...terjerit2 kita. Pedih la Doc...! Lepas tu, tampal plaster dan dia beri ponstan. Semalam masih a little bit sakit nak berpijak, tapi Alhamdulillah hari nie dah boleh berjalan macam biasa. Adalah rasa sakit sikit, tapi belasah jer lah jalan kan.

So, dalam hati yang sedih semalam sebab doc tu ganas dengan kita, hari nie berterima kasih dengan dia. Mungkin kalau di'manja-manja'kan luka tu, pemulihannya mungkin ambil masa sedikit.

Conclusion : Jangan marah doktor anda. They know best!


.


Read More
Assalamualaikum.....

Se bulan yang lalu, masa kami sedang makan tengah hari di sebuah warung di Pengkalan Balak, Melaka TV3 ada menyiarkan rancangan JJCM yang femes tu. Host ialah Iqram Dinzly.

Dalam beberapa tempat yang dipaparkan, salah satunya ialah sebuah van bergerak yang parking tepi jalan atas jambatan di Pusat Bandar Damansara. Van ini menjual makanan western yang simple iaitu spaghetti. Ada spaghetti bolognese, carbonara dan olio yang di masak dengan seafood, ayam atau daging mengikut pilihan pelanggan.

Maka kita pun terujalah nak ajak hubby mencuba makanan di sini.
Pertama kali datang, tak ada meja kosong. So, kami tapaw jer. Meja semua adalah meja lipat yang disusun di tepi divider jalan bersama bangku2 plastik saja. Makanan pun hanya dihidang dalam tupperware plastik biasa jer. Anyway, taste wise, memang sedap. Macam tak puas jer rasanya makan malam tu sebab beli sikit. Takut tak sedap.

Bila rasanya boleh diterima dengan senang hati, mulalah otak kami terfikirkan Adam. Adam yang paling suka dengan spaghetti nie. So, berazamlah next time nak datang lagi bawa dia.

Akhirnya, tercapai juga impian kami bila suatu hari tu Adam berada di KL dengan kami. Maka kami teruslah bawa Adam ke situ.

Satu peringatan, van ni tak ada jual air yer. Kalau ada kadang2, dia jual air2 mineral dan air tin. So, anda bebas bawa air sendiri. Sempoi kan.



Seafood Olio Spaghetti

Chicken Bolognese Spaghetti

Anak lanang gaya konon macho. 

LP : Lamb Pita ;  CP : Chicken Pita

LO : Lamb Omelette

Lamb Pita


Suasananya. Ada 2 orang lelaki yang memasak dalam van putih tu.

Ada table number.


Kalau order tapaw, kita kena tulis nama. Nanti dah siap, dia announce nama untuk kita ambik kat kaunter, iaitu sebuah meja disandarkan pada van. Kalau dine-in pula, masa order di kaunter, dia bagi nombor. Nanti dia hantar ikut nombor. Oh, biasanya, order terus bayar tau. Menariknya, semua kakitangan Humble Chef ni ialah lelaki. Anak2 muda yang santai berniaga, tapi ada style.

Pelanggan terdiri dari bermacam2 bangsa, umur, jantina dan background. Ada yang datang dengan family seanteronya, ada yang datang dengan rakan2 sambil bergurau senda, ada yang bergerombolan masih dengan uniform kerja lagi...

Pada kita, lamb omelette dia sangat menarik. So far, kita belum pernah jumpa lagi lamb omelette. Atau mungkin kita pun x habis explore lagi. Adam tak suka lamb, so dia borong chicken spaghetti dan chicken omelette dan chicken pita. Pita tu macam kebab, tapi intinya sedap sangat. Macam tak cukup makan satu.

Small portion semua makanan nie. Tak adalah small sangat, tapi tak lah sebanyak di restoran2. Oleh kerana itu, memang Humble Chef ni sesuai untuk dijadikan port santai.

Biasanya kita makan olio seafood. Cuma seafood dia rasa pelik sikit, tapi the spaghetti memang marvelous. Sangat tidak oily, tapi still basah2 sikit. Secukup rasa, tak masin, tak pedas sangat tapi semua rasa garlic, olive oil, dan black peppernya seimbang. Tu tak tengok carbonara lagi tu. Not so creamy and yet flavourful. Adamlah yang suka carbonara.

Semua jenis spaghetti nie, harganya RM5.00 setiap satu.

Omelette dia pula memang kita tak pernah skip lagi. Nampak pelik kan, omelette tu jual macam tu jer. Siap bungkus kertas minyak cekelat lagi. Tapi, kalau nak sedap dan mengenyangkan dan menikmatkan, makan spaghetti dengan omelette. Mesti terangkat punya Bhai..! Omelette dia, sama ada chicken atau lamb, dimasak perfect dengan bahan2 lain. Tak kering and tak mentah. Rasanya macam ada melted cheese sikit bila anda makan. Tambah pula dengan sayuran dan dagingnya. Harganya RM2.50 satu.

Lagi satu, pita nie. Tak ingat harga dia, tapi rasanya RM2.50 atau RM5.00 setiap satu. Tapi, memang puas hati makannya. Tak macam segolongan peniaga yang sumbat isi melayang2 jer. Pita di sini, memang padat dan sedap. Padat untuk hidangan light dinner atau supper yer. Bukan untuk portion macam lunch.

Kita tak tahu siapa cook yang masak sebab kita pasti mereka nie sediakan bahan2nya di rumah atau di tempat lain. Dalam van ini, mereka hanya panaskan dan combine seperti mana yang dikehendaki pelanggan. kecuali omelette la...

Definitely akan repeat dan repeat lagi. Cuma sayangnya, kalau hujan, tak bolehlah lepak sini. Kena tapaw juga.



.
Read More
Assalamualaikum.....

Hari ini, cuti umum untuk beberapa negeri di Malaysia sempena sambutan Thaipusam. Office kita di KL, so cuti. Adam sekolah di N. Sembilan, cuti juga. Hubby kerja di Kuantan, tak cuti. Rumah di Melaka, tak cuti. Eh, rumah mana ada cuti2 kan.

Bila cuti, mulalah terasa macam nak berendam dalam air laut. Adam pun suka. Tapi, hubby tak benarkan. Sob..sob... Hubby selalu kata bahaya kalau mandi laut. Masalahnya, kita membesar di tepi laut. Laut dah sebati, walaupun tak pandai berenang. Walaupun sekadar boleh berenang 2-3 stroke, tetap kepuasan berada di dalam air laut tu lain ketenangannya. Kita dan Adam boleh tidur terapung atas air laut berjam2 dengan lenanya. Sambil memandang langit, menikmati keindahan awan bersama burung-burung yang berterbangan, di alun dan didodoi atas air, telinga mendengar bunyi yang sayup dari dalam air dan  hanya fokus kepada rentak nafas sendiri, memang satu terapi ketenangan yang paling murah dan mudah.

Sebab tu lah, bila kita mula snorkeling 8 tahun lepas, kita rasa sangat seronok. Malangnya hubby tak berkongsi minat kita. Dia sangat2 tak berkenan. Owh, sedihnya.

So, mengharapkan company akan buat snorkeling trip lagilah lepas nie kalau nak lepas gian pun.

Kita bergumbira di samping boss merangkap sahabat kita. Happy kan kami..?


Motif entry ini? Sekadar luahan perasaan agar hubby memahami yang hari nie kita nak bawa Adam pergi mandi laut kat Telok Kemang. Hehehehehhee

.

Read More
Assalamualaikum.....


Kalau homework banyak, lupakan saja, ok?




Read More
Assalamualaikum.....

Hari ni ialah cuti tersepit.

Untuk orang2 macam kita yang berstatus weekend family, cuti tersepit nie adalah menguntungkan. Bila Khamis menjadi cuti umum, Rabu malam selepas habis kerja, boleh terus pulang ke Melaka dan meng'honeymoon'kan diri dengan hubby dan Adam. Kalau cuti hari ini, boleh terus sambung ke hari Isnin sebab ada cuti umum gantian Thaipusam.

Lagipun, memang melibatkan kos yang tinggi bila kena ulang-alik ke Melaka hanya untuk bekerja satu hari. Selain daripada itu, kualiti untuk dihabiskan dengan keluarga lebih bernilai dari segalanya bila ada peluang.

Tapi, mengenangkan tahun 2013 baru saja bermula dan banyak bulan lagi yang perlu ditempuhi, maka apa saja cuti yang tak perlu harus di jimatkan. Adam pun dah besar, dah 11 tahun. Teenager. So, bolehlah kita longgarkan sedikit kebergantungan dia dengan kami. Sebaliknya, sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang menantu dan seorang kakak, kita harus bersedia untuk bercuti sekiranya ada di antara mereka ini memerlukan khidmat. Tapi, setiap tahun memang ada saja.

Sebagai contoh, oleh kerana hubby di timpa masalah slip disc tahun lepas, maka hampir keseluruhan cuti kita dihabiskan untuk beliau. Syukur Alhamdulillah majikan kita memahami. In fact, cuti tanpa gaji pun diluluskan.  Tahun sebelum itu pula, adik kita jatuh sakit dan tak lama kemudian, mak pula. So, kita uruskan mereka juga. Tak sampai hati nak biarkan orang lain uruskan. Kita lebih puas hati bila kita sendiri yang memantau perkembangan mereka. Hatta ibu bapa mertua sekali pun, kita yang akan ke hadapan.

Tapi, kalau dah majikan tidak berkira dan menjaga kebajikan, maka hari2 bekerja biasa, haruslah diberikan tumpuan 200% kan? Selagi boleh dikorbankan masa rehat, selagi itulah diberikan kepada syarikat.

Oleh itu, hari ini pejabat agak sunyi kerana hampir 50% petugas mengambil cuti tersepit ini untuk bercuti panjang dengan keluarga. Oleh kerana itu juga lah, kita cover kerja beberapa rakan yang bercuti. Bersedia jer, tak ada yang urgent. Tetaplah perlu perhatian lebih hari ini.


Anda semua macam mana pula?




P/S : Kalau ada follower baru yang ingin tahu tentang masalah slip disc, boleh search dalam blog ini yer. Entry tahun lepas, sejak bulan puasa hingga selepas raya. Atau, boleh taip 'slip disc' dalam kotak search di sebelah kanan.


.



Read More
Assalamualaikum.....

Merujuk kepada entry semalam, Insya Allah kita akan cuba memeriahkan sambutan Maulidur Rasul dengan jemaah lain di Masjid Al 'Azim, Melaka. Sekadar memberi sokongan kepada Mommy yang merupakan seorang 'saudara baru'.

Anda, bagaimana?


Read More
Assalamualaikum.....

Semua mengaku sayang dan cintakan Rasulullah s.a.w. Sedalam mana kasih kita, sedalam mana cinta kita?

Bagaimanakah caranya kita mencintai seseorang? Kita korbankan segalanya dan tukar hidup kita hanya untuknya. Betul?

Bagaimanakah kita meriahkan birthday orang yang kita sayang dan cintai itu?

Sayangkan boipren, sampai buat surprise birthday party. Susah payah kumpulkan kawan2nya kan?

Sayangkan anak, sanggup ambil cuti untuk preparation birthday party dia kan?

Sayangkan hubby, sanggup jelajah dapur maya untuk masak special for candle light dinner.

Tapi kalau sayangkan Rasulullah s.a.w. , kita buat apa? Kita holiday. Kita tidur. Kita jalan2 pergi zoo. Kita pergi tengok wayang. Kita BBQ tepi pantai.

Macam tu ker?

Takmo..takmo...takmooo yer!

Mungkin perkongsian di SINI yang diceritakan secara santai, mampu membuat kita memanfaatkan cuti untuk menyambut birthday junjungan kita, Rasulullah s.a.w.




Entry ini adalah untuk peringatan diri kita sendiri juga.



Read More
Assalamualaikum.....

Kalau orang Kuantan, tahulah kot. Di padang MPK tengah2 bandar tu, bila weekend pagi kan macam ada orang jual2. So masa adik kita datang tu, kami singgah di sini dulu sebelum ke Sg Kuantan. Dalam banyak2 gerai tu, salah satunya menawarkan khidmat memicit kepala dan bahu untuk harga RM10.00 untuk setengah jam.

Sebelum2 nie, kami memang dah nampak, tapi tak sempat nak cuba. So this time memang hubby menonggok kat gerai tu tunggu turn.

Ada banner

Sedang memicit seorang lelaki. 
 Dibelakangnya tergantung banner yang tercetak keratan akhbar tentang khidmat beliau nie. Katanya, dia memicit sekadar untuk melegakan sahaja. Dia tak pernah belajar mengurut dan tak ada apa2 background istimewa. Cuma, dia borak2 dengan hubby, dia cerita, lepas pencen dia bosan duduk di rumah. So dia cari idea nak buat apa. Last2 dia cuba2 picit2 orang. Mula2 di rumah. Last2, terus buka gerai simple nie.

Itupun, penuhh orang. Non stop dia memicit orang.

Hubby kata, memang tak ada rasa apa2. Sekadar nak hilang lengh2, bolehlah. Berbeza sangat dengan khidmat yang baisa kami pergi di Topic Center di Melaka tu. Nanti search yer, kita cerita a few times pasal Topic Center nie.



Ramaii kan orang?

Untuk sesiapa yang memandu jauh, ras bahu sengal2, sekadar nak buang lenguh, bolehlah ke sini.


.
Read More
Assalamualaikum.....

Dah beberapa bulan kita berdiam diri daripada bercerita tentang pengalaman kita kan. Macamlah ada yang menunggu. Perasan betul kita nie kan. Tapi tu lah, saja nak share. Sesiapa yang pernah rasa, pasti akan tersenyum2 sendiri. Buat adik2 yang masih menuntut, mungkin entry ini boleh jadi pemangkin semangat kan. Disamping sebagai rekod juga.

Di hujung2 semester pengajian di tahun terakhir (tahun 2) matrikulasi itu, kita entah macam mana terpikat untuk menyertai sebuah program mendaki gunung yang dianjurkan oleh senior2 di main campus. Terujalah nak ikutkan. Masa tu kena bayar RM30.00 sorang jer sebab yang lain2, persatuan support. Pergi bawah Women Affairs Secretariat. Tak pernah dengar pun society tu sebab diorang kat main camp, tapi dah ada peluang, ikut jerlah kan. Semua perempuan. Dah nama pun Women. Bayaran tu termasuk transport, makan dan khemah. Yess, campinggg owkay. Lagilah excited. Tak pernah camping seumur hidup, inilah first time.

Ada briefing, kami pergilah. Dapat senarai nak bawa apa dan segala macam lagi. Excited sungguh. Kawan2 yang kita kenal, adalah 3-4 orang jer. Yang lain2 tu semua, kenal kemudianlah nanti.

Apa-apa pun, program nie adalah untuk perempuan jer. Ada a few ex-seniors lelaki yang kita tak pernah kenal join sebagai langkah berjaga2 sebab diorang dah expert dengan kawasan ini. Peserta lebih kurang 20 orang semuanya.

Bergerak pagi. Tiba di Jabatan Perhutanan agak awal juga. Kami set-up khemah dan diberikan peralatan dan bahan2 memasak. Kena masak sendiri tau. Dibahagikan kepada kumpulan kecil. Satu group ada 4 orang jer.


Petang hari ketibaan tu, sempatlah kami berjalan2 disekitar situ dan bergambar-gambar. Mujur dah siap2 bergambar sebab lepas pada tu, balik jer dari hutan, terus lemah longlai rasanya.


Taklimat dan solat semuanya secara berjemaah di surau. Malam tu, semuanya lena dalam khemah. Tapi, tengah2 malam kami semua dikejutkan dengan segera dan diminta pindah masuk ke surau untuk keselamatan  kami semua. Rupa2nya hujan sedang mengganas dengan lebatnya.

Kami diperkenalkan dengan pegawai2 renjer. Seorang tu namanya Pak Din. Agak berumur, tapi sangat cekap dan tegap. Seorang lagi, muda sedikit. Kami panggil abang jer...hehehehehe. Tapi, abang nie, sangat pandai memasak tau. Alahai..drift pulak dah.

Hari pertama, sebaik selesai solat subuh jema'ah pertama, kami semua dah berbaris untuk memulakan perjalanan. Eh, tipu. Gelap lagi, mana boleh masuk hutan. So, kami sarapan dulu. Masak nasi lemak lagi tu. Bila tanah dah terang sikit, baru kami mula bergerak.

Hari pertama kami kena takluk Gunung Senyum. Sebenarnya program di gunung nie, bukan untuk mendaki, tapi lebih kepada 'caving' (men-gua), ataupun eksplorasi gua. Ada sangat banyak gua2 yang boleh kita lawati di sini.

Gambar2 di bawah, snap dari album jer. So, maaflah, banyak yang kabur.

Antara gua2 yang kami teroka ialah Gua Kolam Tujuh, Gua Ular Putih, Gua Taman 1 dan 2, Gua Angin, Gua Rangkak dan bermacam2 lagi. Setiap gua ini ada tarikan mereka yang tersendiri. Yang pasti, setiap kali anda tiba di setiap gua, pasti....anda akan berzikir Subhanalllah tanpa henti. Begitu agungnya kekuasaan Allah s.w.t.



Rasanya masa nie, di Gua Ular.

Tak ingat gua yang mana satu.

Kumpulan kami.

Rombongan kami.

Acara memasak kami.


Di samping itu, sepanjang perjalanan kami akan diperkenalkan dengan jenis2 tumbuhan dan herba yang ada. Apa kegunaan herba2 itu dan berbagai2 lagi maklumat.

Menjelang petang, kami semua tiba semula ke kawasan perkhemahan dalam keadaan yang sangat letih. Walaupun nampak ada satu bas rombongan orang lain yang baru tiba, memang kami langsung tak ambil peduli kerana yang penting masa tu ialah untuk mendapatkan rehat yang cukup. Kami diberitahu, esoknya kami akan menyambung perjalanan ke gunung di sebelahnya iaitu Gunung Jebak Puyuh. Khabarnya perjalanan itu lebih mencabar.

Esoknya, kami bersiap lebih awal lagi kerana perjalanan agak jauh. Laluan trekking pun agak mencabar. Oleh itu, kami semua tak bawa kamera sebab ianya mungkin boleh rosak.

Pertama sekali, kami harus menyusuri kaki Gunung Senyum untuk mulakan pendakian ke Jebak Puyuh. Adalah perjalanan dalam 40 minit, kami memulakan pendakian. Oleh kerana group kita yang terakhir sekali, maka kita dan rakan2 sering tergelincir di laluan sebab tanah telah menjadi lembut dan licin setelah dipijak oleh berpuluh2 orang di hadapan kami. Sehinggalah tiba di suatu lereng bukit yang laluannya sangat kecil, kita dan seorang rakan tergelincir dan terus menggelongsor ke dalam gaung. Jeritan kami, tak perlu nak ceritalah. Terbayang tubuh kami terdampar ke dasar gaung jer masa tu. Syukurlah kita sempat berpaut pada salah satu batang pokok dan menahan kaki di pangkal pokok yang berdekatan. Ranger dan pengiring senior kami yang lelaki mula mengeluarkan tali dan menarik kami ke atas semula.

Tapi, itu semua tidak meruntuhkan semangat.

Bila kami hampir tiba di kaki Gunung Jebak Puyuh, rupa2nya kami harus mengharung sebuah paya yang sangat besar. Dahlah masa tu baru lepas hujan, air paya pula memang sangatttt keruh. Kami semua mengharung paya dengan perlahan dan senyap dalam barisan. Air paya sehingga ke paras dada dan untuk yang rendah, dah sampai leher. Beg galas semuanya harus dijunjung atas kepala. Di tengah2 paya, ada batuan yang ada terowong kecil. Kami harus merangkak dalam terowong gua tu untuk tiba ke sebelah sana, sambung harung paya dan barulah tiba di tebing. Dalam gua terowong itu, ramailah yang terjerit terpekik. Apa taknya, kami semua merangkak di atas, di celah dan di sebelah lintah dan pacat yang merata2 di lantai terowong itu.

Tapi, bila kami masuk ke gua2 di situ, segala ketakutan, kepenatan dan geli geleman tadi semua hilang. Subhanallah...begitu banyaknya keindahan alam dan keajaiban dunia yang kita belum pernah jumpa.

Tapi, bila nak balik, kami terpaksa melintas lintah dan pacat tu lagi dan mengharung paya lagi dengan menjunjung beg. Cuma this time, ada ular air yang ikut sama2 meredah paya dengan kami. Semua orang dah pucat dan menggigil takut, tapi syukur tiada kejadian buruk yang terjadi.

Petang tu, kami berebut2 guna tandas dan bilik air sebab ada group lain juga baru tiba. Dah lah masa tu hujan..so kemana2 semuanya dengan baju hujan dan windbreaker jer. Sempatlah group kita di ngorat oleh a few guys tu...hahahahah. Rupa2nya mereka adalah kakitangan dari salah sebuah hospital di Johor.

Anyway, malam terakhir tu, kami berBBQ dengan real campfire bersama rangers. Sporting betul rangers tu semua.

Memang kita jatuh cinta dengan caving sebab ini, tapi tak ada kesempatan untuk pergi tempat lain. Oh, the next year tu, kita datang lagi dengan a few friends secara persendirian dan a few times. Dalam group yang kecil. Dah close dengan rangers dan pernah pula sekali tu kita dan kawan2 dapat peluang menjadi wakil rangers. Kami yang bawak tourists group ke gua2 tersebut, siap dengan explanation sebijik macam rangers. Dah hafal..hahahahhaa.

Yang paling sweet sekali ialah di Gua Kolam 7. Selalunya dalam kolam tu tak ada air, cuma bentuk batu tu seakan2 kolam 7 tingkat. Tapi ada sekali tu, kami sangat beruntung sebab tiba2 semua tingkat kolam tu penuh air. Abang renjer suruh selawat dan baca doa sikit sebelum masuk dalam kolam tu. Sekadar mohon perlindungan Allah. Tapi, memang best betul berenang2 dalam kolam 7 tingkat tu. Keluar dari situ, serius rasa lebih tenang, semangat lebih jitu dan segala aura positif semakin baik.

Kalau ada yang masih aktif, stamina masih tinggi, bolehlah cuba caving di sini.


Untuk maklumat terbaru, boleh lawati blog Hutan Lipur Gunung Senyum.





.
Read More
Assalamualaikum.....

Kadang2, kami teringin repeat makan food yang kami rasa sedap. Comfort food untuk tekak, but not for health. Hehehehehe.

So, one of the weekends, lepas siap segala urusan di rumah, kami bergerak ke Batu Berendam untuk makan roti canai tampal. Kalau ada yang belum pernah dengar, nanti search jer dalam kotak search sebelah kanan blog nie yer.

Just a simple entry, share pasal food lagi. Kita notice, kalau ada entry food, mesti ramai yang menjenguk. Hehehehehe. Fitrah manusia kan. Kita sendiri pun kalau nampak org lain ada gambar food, cepat jer klik.


The roti tampal. 


Nama warung nyer...


Jangan lupa makan telur setengah masak yang perfect di sini. 


Penebar roti. 


Tapi rasanya sekarang dah senang nak jumpa roti tampal nie kan. Masa 7-8 tahun yang lepas, kedai nie jer lah yang buatnya. Kalau pagi2, memang penuh. Macam biasa di Melaka, kedai2 makan semua bangsa ada.

Ada yang pernah jumpa roti tampal di tempat lain? Share di komen box boleh?


Read More
Assalamualaikum.....


Ha, kelakar kan nama dia...Bukit Setongkol. Tapi orang Kuantan memang biasa dengar dah.

Monday yang baru lepas nie, kita MC. Sakit perut. Err... sakit perut tuuutt tu. Quite severe. So, lepas hubby pimpin bawa ke klinik masa lunch hour dia, dia bawa kita makan kat sini. Parking depan kedai betul2 sebab kita tak larat nak jalan. Er, doctors, saya makan ubat Naproxen 550mg. Hehehehehehe.

Hubby kata dia dan officemates dia dah a few times makan kat sini. Best katanya sebab lauk banyak sangat.

Pada kita, memang lauk dia banyak, tapi kita rasa biasa2 jer. Tak taulah sebab tak kena dengan selera kita, atau sebab tengah menahan sakit perut.

Basically, ada lauk2 kampung. Tapi yang specialnya, ada lauk2 fusion western. Contoh, ada meatballs, ada dimsum goreng, lemon chicken, fish fillets sweet and sour dan macam2 lagi. Basically menu dia lain dari yang lain.



Kita cuma ambil fish fillet yang siksa nak dihabiskan dengan ulam dan sambal jer. Owh..yang menariknya, dia masak nasi guna beras siam. Bukan beras wangi siam tau, tapi beras siam. Kenyal2 dan padat setiap butir nasinya tu. Makan sikit jer pun, perut dah rasa senank (ker, sebab tengah sakit perut?).

Sayangnya, kedai nie hanya dibuka pada hari bekerja jer. Location pula, berdekatan dengan masjid Bukit Setongkol.


Read More
Assalamualaikum.....

Dah lama pendam gambar2 nie sebab tak sempat transfer ke PC lagi.

Kita dah pernah bercerita tentang menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabat dan adik kita datang ke Kuantan sekeluarga di entry tentang banjir di Kuantan.

Entry ini, mungkin tidak akan memberi manfaat kepada pembaca, tetapi kita nak lahirkan penghargaan kepada mereka2 yang di dalam entry ini.


Perjalanan dari Melaka ke Kuantan pada hari Sabtu tu adalah dengan melalui jalan2 kampung dan percubaan untuk eksplorasi Malaysia. Yerlah, selalunya kan ikut highway, ikut jalan besar, ikut bandar besar sehingga kita semakin lupa yang Malaysia lebih daripada itu. Sementelah kami tidak berapa mengejar masa, maka kami bersetuju untuk masuk ke dalam kawasan desa dan pekan2 kecil.

Tahu tak, bila kita lalu pekan2 kecil, kampung2, kawasan felda dan sebagainya... kita akan rasa kagum dan seronok. Seolah2 kembali ke waktu dulu dengan mesin masa. Nampak gerai2 yang menjual pelbagai hasil, anak2 muda yang santai ke kedai menaiki motorsikal tanpa helmet, rumah2 kayu yang penuh bawah rumahnya dengan guni2 baja dan sebagainya memang betul2 merentap pemikiran yang inilah sebahagian lain Malaysia.

Malaysia bukan sekadar Bersih 3.0, bukan sekadar BR1M, bukan sekadar krisis air bersama tenaga sukarela dari Syabas yg kononnya melaksanakan CSR, dan bukan sekadar Silent, Silent.

True enough, perjalanan kami mungkin mengambil masa 2 kali lebih panjang daripada menggunakan kemudahan lebuhraya. Kami berhenti di tepi jalan untuk membeli buah2an segar potong yang dijual dalam van di Simpang Durian. Ada buah ciku manis, ada mangga lemak dan rangup, ada buah betik yang tidak benyek dan ada macam2 lagi. Semuanya produk dari kebun2 kecil yang kami tempuh sepanjang perjalanan.

Kami juga berhenti di beberapa batang jalan raya yang sempit kerana menunggu lori dan bulldozer mengangkut tanah dan membaiki jalan raya yang rosak dan berlubang2 di beberapa tempat seperti di Bukit Miku dan Telemong. Betapa double standardnya Malaysia. Di bandar besar, jalan raya dibaiki, dibesarkan dan diturap rata dan licin. Di kampung2 dan kawasan penempatan rakyat dhaif, lubang2 itu betul2 ditampal setakat yang berlubang sahaja. Tak kiralah besar atau kecik, rata atau berbenjol, janji bertampal. Mentang2lah jalan tu tak ada menteri lalu, tak ada anak raja nak guna.....

Kami juga berhenti di Lanchang untuk membeli buah langsat dan manggis yang bergantungan di gerai2 tepi jalan. Manggis 2kg RM5.00. Dengan saiz yang besar, isi yang manis dan putih melepak serta kualiti yang baik. Dalam satu ikat, mungkin ada 2-3 biji sahaja yang direject. Anda boleh dapat kualiti ini dengan harga begini di bandar besar? Patutlah ramai orang kaya di bandar besar kan. Itu baru aspek buah manggis, belum tengok aspek projek membina stadium lagi. Tak relevan? Manggis dan stadium jauh beza? Betul ker? Terpulang pada mind set anda.


Anyway, kami tiba di Temerloh pada jam 3.15 petang. Kad jemputan tertulis jamuannya hingga jam 3.00 petang sahaja. Kita pesan dengan hubby dan Adam, kalau orang dah kemas khemah, salam pengantin dan kita balik terus. Nanti makan ikan patin di tebing Sg Temerloh jer.

Namun, syukur Alhamdulillah ada lagi rezeki kami. Walaupun meja telah dikemas, tetamu semua sudah pulang, tapi kami dapat hidangan yang lazat juga. Nasi minyak yang sangat sedap dan lembut bersama opor daging Pekan dikawankan pula dengan umbut kelapa masak lemak putih. Syukur Alhamdulillah. Sempat juga kami bertemu dengan pengantin.

Sila salahkan flash camera yang terlalu terang sampai pengantin nampak 'jernih' dan kita seolah2...

Kami teruskan perjalanan ke Kuantan sambil sibuk menelefon dan berhubungan dengan adik kita. Oleh kerana ini ialah kali pertama adik kita dan keluarganya nak melawat kami di Kuantan, maka kami secara rasminya menjadi host dan tourist guide. Sayangnya dia hanya beberapa jam saja di Kuantan kerana mengejar jadual kerjanya di Seremban.

Malam itu, beliau tiba selepas Isya'. Kuantan hujan walaupun tak lebat. Tak juga renyai2. Selepas dinner, terus balik rumah sebab dia perlu berehat.

Esok paginya, hanya sarapan di rumah. Kita buat sandwich tuna yang simple sebagai hidangan. Kemudian kami ke bandar, dan kami jalan2 di gerai2 jualan di padang MPK berdekatan dengan masjid Kuantan.

Oleh kerana malam sebelumnya beliau tak dapat bawa keluarganya jalan2 di tepi Sg Kuantan (keletihan dan hujan), maka kami bawa juga mereka ke situ pagi tu.

Hujan masih turun renyai2. Sebab tu la ada yang pakai cap dan hat (topi).


Abang Ngah sekeluarga

Adam dan Adlina

Mak Long dan Adlina. 

Dapat juga bergambar di Sungai Kuantan. Makan tengah hari di Kampung Selamat dan seterusnya membeli satar di Tanjung Lumpur sebagai buah tangan. Beliau terus pecut pulang ke Seremban.

See, ada beza tak kisah di atas dan kisah di bawah? Kisah masyarakat di kampung dan pekan2 kecil serta kisah masyarakat di bandar besar.

Di bandar biasanya makan2, jalan2, bergambar dengan gembira dan melapangkan fikiran.

Di desa2 yang tiada lebuhraya, makan juga, jalan2 juga, bergambar gembira juga, lapang juga fikiran. Tapi kondisinya? Makan nasi dengan sayur seadanya. Ayam 3 ketul, kongsi 8 orang serumah. Ikan selar 3 ekor, dicubit sama rata untuk anak 5 orang. Jalan2 dalam kebun sambil petik pucuk ubi. Lapangkan fikiran atas pangkin tepi rumah sambil memerhatikan lori balak yang lalu lalang tanpa henti, tanpa bertutup balak2 itu dengan kanvas sehinggakan ngilu hati membayangkan kalau salah satu balak itu terluncur dari ikatan rantai besi halus itu dan menghempap manusia lain. Owh, jangan lupa debu2 yang berhamburan setiap kali lori itu lalu. Mana selesanya? Samakah dengan selesanya di bandar di atas?

Bukan kita kata mesti sama bandar dan desa... tapi pembangunan negara seharusnya berjalan serentak. Bukan tertumpu dengan bandar2 sahaja. Jangan dibiarkan jurang yang ada semakin jauh terpisah. After all, apakah laungan 1 Malaysia tidak menyeluruh?

Owh, panjang sungguh bebelan kita hari ini kan. Entah kenapa, rasa macam nak berkongsi sedikit luah bicara. Oh yer, penghargaan dalam entry ini adalah untuk semua yang terlibat, termasuk pemandu lori balak dan peniaga2 jalanan.






.
Read More
Assalamualaikum.....


Entry Di Sini

Entry Ini

Cerita Yang Itu

Resepi Ini

Kisah Itu



Atau, kalau food tak sedap, ceblaih jer...makan dengan siapa, di mana sekali pun, tetap mengecewakan?

Note : Semua food dalam gambar entry ini, sedap2 belaka.


.
Read More
Assalamualaikum.....

Ingat tak lebih kurang sebulan lebih yang lepas kita dok bercerita tentang kereta hubby yang breakdown di SINI dan kerosakan yang teruk di SANA?

Alhamdulillah, kereta dah keluar workshop minggu lepas. Dan kita dah dapat kereta kita semula.

Seronok sangat rasanya bila bersatu semula dengan kereta kesayangan kita selepas sekian lama memandu kereta manual adik ipar. Terima kasih banyak2 kepada keluarga mertua yang membantu meminjamkan kereta tersebut. Sangat membantu untuk kita berulang alik ke tempat kerja. Namun, walaubagaimana sekalipun, biarpun kereta kita buruk, lama dan bobrok di sana sini, namun kasih sayang kami (kita dan kereta kita) sangat bernilai (especially sebab kereta tu automatic). Kegembiraan  dan kebebasan kerana memandu kereta sendiri memang lain rasanya.

So, nak tengok apa barang yang rosak pada kereta hubby?


Sebenarnya dalam gambar nie, ada 2 jenis barang. Separuh yang atas tu namanya ialah 'intake manifold' dan bahagian bawah ialah 'engine head'. Hubby bawa abangnya datang tengok kerosakan dan Alhamdulillah selepas berbincang dengan mechanic kami tak perlu ganti 2 barang di atas. Sebaliknya hanya buat beberapa pembaikpulih untuk kerosakan2 yang berlaku. Maka kosnya adalah lebih kurang 30% sahaja daripada menggantikan spare parts tersebut.

Kebocoran pada intake adalah minimal maka abang ipar kita minta workshop alter sedikit. Head pula hantar pergi skimming kerana hanya berbeza beberapa dimicron sahaja saiz tak ratanya. Macam mana nak cerita yer.. Alah, kalau dah tengok di workshop, senang sikit nak explain.

Anyway, dah selesai semuanya.


Alhamdulillah.



P/S : Maaf sebab belum ada masa membalas komen2 anda semua. Insya Allah akan kita balas nanti ya...



Read More
Assalamualaikum.....


Semakin ramai selebriti masakan yang semakin meningkat naik di Malaysia nie kan. Salah seorangnya ialah Chef Sherson Lian.


Kita mula mengenali Sherson Lian sejak menonton program 5 Rencah 5 Rasa yang berlangsung di Asian Food Channel, Astro 703. Maklumlah, bab2 makan dan masak2 nie memang seronokkk jer tengok kan? Nak melaksanakannya tu, adoih laaa..

Mungkin ramai yang tertarik dengan Sher ni sebab tertawan dengan rupa parasnya kan, tapi bagi kita, Sher ni ada kualiti lain dalam persembahan dia yang lebih menyerlah.

Anyway, tertarik dengan cara dia hoskan rancangan nie. Paling utama sekali ialah bila dia nak pegi shopping barang2 untuk nak masak tu. Selalunya program masak2, akan tersedia elok cantik bersih segala bahan masakan atas kaunter dah kan? Tapi program nie, Sherson akan bawa kita semua pergi pasar beli barang. Pasar okehh..bukan supermarket.

Kadang2 dia bawa pegi pasar Chow Kit, kadang2 dia bawa pergi kedai runcit, kadang2 kilang proses tepung2 lah, kadang2 kedai mamak untuk beli rempah2 semua.

Memang betul2 sesuai dengan golongan sederhana di Malaysia nie.

And, cara masak dia pula sangat sempoi. Jenis yang main campak2 jer. Senang cerita, ala2 style Jamie Oliver sikit lah. And sambil2 masak tu dia akan kongsikan beberapa petua masakan dan sebagainya.



Sher ni adalah British-Chinese person. Tapi kan.... dia punya Bahasa Melayu sebenarnya agak fluent. Tak ada pelat pun... Walaupun tak macam lidah Melayu, tapi still..a loot better than many Malays itself.


Bila baca background dia sikit, not only cooking, dia juga adalah scuba diver, seorang penyanyi dan pemain gitar yang selalu buat show di majlis2. Ha, menarik kan..

Paling penting, dia sangat humble orangnya. Bila orang panggil dia chef, dia selalu remind people yang dia bukan chef. True enough sebab dia tak ada formal education dalam cooking. Tak ada sijil masak memasak langsung. Cumanya family dia ada restoran dan dia berminat dalam masakan sejak umur dia 14 tahun dan mula mengorek skill memasak dari dapur restaurant family dia.

And, surprisingly, Sher juga ada buat aktiviti motivation di Melaka. Menarik kan. Teringin nak attend.

Nak detail sikit, boleh jenguk SINI yer....




.
Read More
Assalamualaikum.....

Baru2 ini dah mula tersebar yang novel Suami Aku Ustaz akan di jadikan sebuah filem. Terbitan sulong syarikat produksi Adiputra.

Cuma, tak pasti sama ada watak Ustaz tu akan dilakonkan oleh Adiputra atau tidak. Ada yang kata ya, ada yang tak tahu.

Pendapat peribadi kita, dalam novel, ustaz Hafiz tu Chinese look. Boleh tak cari yang bersesuaian? Sama macam cerita Adam dan Hawa. Adam Mukhriz dalam novel adalah Pan Asian look. Jauh bezanya dengan Aaron Aziz.

Terjerat rasa...



Read More
Assalamualaikum.....

Entry ni kiranya tertunggaklah yer.

Hari terakhir cuti sekolah, selepas bersarapan roti canai tampal di Batu Berendam, kami menuju ke Ujung Pasir pula untuk bungkus mee kahwin Shahrul. Spare untuk petang sebab dah nak balik PD, so tak adalah aktiviti memasak.

Dalam perjalanan, kami ternampak kain rentang gunting rambut percuma untuk pelajar2 sekolah. Maklumlah, esoknya sekolah dah buka. Maka, terujalah kami. Bukan sebab ambil kesempatan nak jimat duit, tapi teruja dengan acara tu. Acara tu adalah anjuran UMNO di beberapa bahagian di Melaka.





Kami berada di Umno Bahagian Kota Melaka. Kain rentang tu tak dapat nak ambil gambarnya sebab masa tu hujan renyai2.



Di sebelah kiri sekali, seorang lelaki berbaju putih yang berdiri itu adalah salah seorang urusetia. Bila kami datang, Adam diberikan sekeping kupon dan di minta duduk di kerusi mengikut susunan giliran. Ada 3 orang tukang gunting rambut profesional di barisan hadapan.


Kanak-kanak yang sedang menunggu giliran. Adam pakai T-shirt putih. Monconggg jer sebab tak setuju. Dia kan nak rambut kotak, so dia predict kepala dia mesti kena gondol kat situ. Maklumlah, gunting free kan.


Dah selesai gunting. Dah dapat rambut kotak/petak, baru nak senyum. Adam bergambar dengan Naib Ketua Bahagian UMNO Cawangan Kota Melaka yang kebetulan hadir selepas Adam selesai. Terima kasih Dato'.


Berkerut dahi barber nie nak potong rambut Adam ikut gaya petak. Adam tak request pun sebab dia pun x tanya, tapi dia boleh nampak fesyennya. Terpusing2 dia keliling Adam nak make sure semua side sama rata.
Terima kasih bro!

Disediakan hiburan juga. Ada karaoke session. Ada juga makanan dan minuman yang disediakan. Memang betul2 punya community service la nie. Hubby kata : duit tax papa juga nie... Heheehhehehe.


Anyway, yang baik dan elok tu apa salahnya kita kongsikan, ye tak?


.


Read More
Assalamualaikum.....

Glemer Kuantan baru2 nie sebab banjir kan...?

Kita pun pernah cerita tentang banjir tu di SINI kan.

Well, pagi tu, memang hujan lebat sangat. Kiranya tak berhenti2 dari malam sebelumnya. Sebabkan hubby kena masuk kerja juga, kami semua kena keluar rumah juga. Sebelum ke kilang, kami singgah sarapan di Aliff Restaurant. Itu jer kedai yang bertutup dan selesa untuk makan dalam hujan meletus tu. Lagipun kalau nak pekena menu mamak, memang di Aliff tu terbaiklah.

Disebabkan malam semalamnya kami semua tak dinner, maka pagi tu kami memang kelaparan tahap maksimalah kiranya. Gambar2 ini, adalah sebahagian daripada dishes kami. Walaupun semua orang order apa yang nak dimakan, tapi biasanya kami 3 beranak nie akan share food kami sama2.


Hubby makan roti canai sardin. Memang tebal isinya dan rotinya pun sedap. Seblum tu, hubby ada ambil 3 ketul wadei yang macam donut tu, cicah dengan kuah tosei.



Ini, kita order nasi lemak. Dah tahu nasi lemak kedai mamak memang tak sesedap Melayu, tapi order juga sebab perlu makan heavy sikit. Nak kena makan antibiotik masa tu, so takut gastrik. (Macam2 alasan untuk makan kan..). Tapi, sebelum tu, kita order toseiii. Share 3 orang juga.



Ini pula, pilihan Adam. Roti canai kosong, 2 keping. Cicah kari, dhal dan kuah tosei. Adam memang sejak dia boleh berjalan masa umur setahun, dah ikut atoknya lepak kedai mamak, makan roti canai. Masa dia umur 1-3 tahun, selaluu sangat orang tegur dia, kecik2 lagi dah makan roti canai siap cicah kuah sendiri. Kat PD tak der kot budak kecik lepak kedai mamak makan roti canai. Sebab kalau kat KL, tak pernah pulak orang menegurnya.



Yang nie, additional dishes. Kari ayam sepiring kecil. Boleh makan dengan nasi lemak, atau roti canai, atau wadei and even dengan tosei. Multi tasking.


Keluar dari Aliff Restoran, dengan perut sendat. Namun, syukurlah kami makan kenyang2 sebab lepas tu Kuantan banjir. Our lunch pukul petang bila hujan dah reda sikit dengan banjir di kilang hubby surut airnya.


Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama