Jalan-jalan ke Tasik Bera, Pahang.

2 comments
Assalamualaikum.....

Masa cuti Deepavali yang lalu, kami nak balik ke PD untuk hantar Adam dari Kuantan. Entah macam mana hubby kata nak jalan2. So, masuk LPT dari Gambang, tapi keluar di next exit, Sri Jaya. Plan asal nak jalan2 ke KL, Adam dah lama x jalan ke KL, tapi mengenangkan crowdednya lah nanti, maka kami pilih untuk meredah hutan belantara.

Maka lalulah Maran, Temerloh segala bagai ikut laluan kampung. Seronok sebab macam2 pemandangan yang dapat di lihat. Dalam perjalanan nampak signage ke Tasik Bera. Ha..! Satu idea menarik. Tasik Chini dah pergie, haruslah ke Tasik Bera pulak.

Kami kut signboard dan menyusuri Sungai Temerloh yang terkenal dengan ikan patin tu. Kami anak beranak memang teruja sangat tengok pemandangan macam tu. Dalam pada kedamaian memandang sungai yang mengalir tenang, dalam hati bergolak juga dengan iringan ingatan buaya2 yang bertapa dalam sungai tu. Mak oii...kalau nak bot, terbalik pulak dalam sungai, memang makan besarlah buaya2 tu dan sanak sedaranya.

Kebetulan masa tu dah masuk tengahari. Perjalanan tak tahu berapa jauh lagi. Apa yang ada dihadapan pun kami tak tau. Dahlah tu, bijak bistari sangat, x ada bawa bekal makanan apa pun masa tu. Menyesal betul tak singgah dan makan di bandar Temerloh tadi. Kalaupun masih kenyang, patutnya boleh la kalau nak tapau kan.

Dalam kebimbangan tu, nampaklah warung kat tepi jalan dengan berlatarbelakangkan sungai temerloh. Hubby terus berhenti. Kami cuba la terjah, makan apa saja yang ada. Syukurlah dah keluar nasi putih dan sejenis dua lauk tengahari. Makan jerlah apa yang ada. Janji boleh bertahan sampai petang.

Adam dipaksa posing oleh mamanya. Memang redup jer kawasan nie. Kalau ada pangkin ke..buaian ke..harus boleh lena lah...

Jalan lagi ke hadapan, sampailah ke kawasan nie. Dah sampai daerah Bera. Jeti Adam posing nie kecik jer. Maybe tempat orang awam bersiar2 di petang hari dan juga untuk menghulur pancing.








Akhirnya kami sampai ke Tasik Bera. Jalan nak naik ke atas, ada pondok pengawal dan berkawal. Pelawat mesti tulis nama di buku pondok pengawal. Kita pelik juga. Ada emas kah di Tasik Bera hingga ketat sungguh kawalannya? Tapi x cakap pun dengan hubby, diam jer dan teruja menantikan pemandangan Tasik Bera.

Akhirnya kami tiba di kawasan jeti Tasik Bera. Ok..ini sahaja yang ada....




Tasiknya sama seperti di Chini. Ada banyak tumbuhan dan segalanya. Bukanlah tasik yang besar, luas mata memandang dan bulat tu. Tasiknya memanjang dan berkelok2. Jetinya suram. Yang ada hanyalah pemancing2 mencuba nasib. Ada kaunter untuk sewa bot, tapi tutup. Even tandasnya pun ditutup. Tak pasti apakah motif disediakan kemudahan asas tapi tak boleh digunakan.

Kami bergerak ke restoran resort untuk mencari sesuatu yang menarik. TIADA! Kami order air pun, dihidangkan seperti gerai2 biasa. Bukankah ini resotran kepunyaan resort rasmi Tasik Bera? Oh yer, nak guna tandas restoran, kena bayar RM0.30! Aishhh... pelanggan pun kena bayar? Memang ambil kesempatan betul! Takderlah marah pasal RM0.30, tapi nampak sangat tamak haloba dan ketidak ikhlasannya.

Anyway, kehijauan tumbuh2an di situ mampu memberikan kesabaran kepada kami. Dalam perjalanan keluar, kita merungut pada hubby...takder apa2 special pun! Berkawal macam ada emas berbongkah2. Hubby cool jer explain...Tasik Bera dalam liputan Taman Negara, harus dikawal untuk memelihara haiwan dan tumbuhan yang hampir pupus. Owwwwhhh...ok..ok...

So, kalau bukan untuk trekking dan camping, tak ada apa yang menarik disini. Banyak lagi kelebihan dan tarikan di Tasik Chini.



Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 thoughts..

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

baru perasan ramainyer anak2 blogger yang nama start ngan adam ngeeee....

Aziela berkata...

Lady Ayu : memang ramai kheeennnn...hehehehhe. Tapi Adam Lady Ayu nun juah di sana...hehehehhe