Ha..esok dah hujung minggu kan.... Apa perancangan anda semua? Ha..kita nak suggest satu tempat makan yang best di Seremban. Nasi Arab Damsyik.
Lokasi dia di Senamang. Kalau keluar daripada tol Senawang, ambil kiri di traffic light ke-4, menghala ke Tmn Guru dan Pusat Islam. On the way, nampak Petronas sebalah kanan, slow down sikit. Kedai nie sebalah kana depan sikit dari Petronas tu.
Kedai nie buka tgh hari kejap dan buka malam jer. Dia x buka sepanjang hari yer.
Choices of food memang x banyak sebab dia hanya jual Nasi Arab Damsyik nie semata-mata. Lauknya ada dua jer, sama ada nak ayam atau kambing. Atau boleh juga 2-2 sekali kita order. Asalnya makan disini sebab setiap kali lalu kalau balik ke Kuantan atau PD, mesti tgk ramai sungguh orang datang makan kat sini. Kebetulan, FIL kita dah 2-3 kali dok ulang kata Nasi Arab Pak Lim di Kuantan tu sedap. Tapi dia x mau ke Kuantan..jauh sangat katanya. Jadi, hubby teringat kedai nie. Kami pun cuba2 lah 'kidnap' Ba and Mommy untuk try makan di sini. Mula2 Ba dan Mommy ingatkan nak ke Ayer Keroh jer, belakang masuk hiway dan ke Seremban.. heheheh...kitrorang husband n wife nie memang suka kidnap parents sbb susah sangat nak bawa diorang round. Macam2 alasan. Parents tu konon x nak susahkan kita, tp kita nak happy2 dgn diorang sbb kita tahu diorang mesti akan rasa happy kan.
Ok..cukup bebel..meh tengok gambar.
Kami ambil set untuk 5 orang makan. memandangkan kami 6 orang, tambah satu set individu untuk Firdaus. Set 5 orang nie, satu dulang, dengan ayam seekor. Banyakk nyerrr....
Yang kat atas nie, portion untuk hidangan individu. Order khas untuk Firdaus sebab dia tak makan ayam. Kami order set nasi dengan daging kambing. Daging kambing dalam timbusan nasi tu.
Ini pula daging kambing yang kami order sekali dengan set untuk 5 orang tu. Mak aiii..sepinggan penuhhh. Kita dengan mommy makan seketul jer, rasa sikit. (Sebenarnya kita tak berapa suka dengan kambing.)
Review? Uishh..nasi dia memang panjanggggg. Eishh..sedaplah. Sangat sedap. Lembut, rempah campurannya cukup memikat selera dan sangat moist. Maknanya nasi dia memang tak kering. Mommy kata orang tu pakai minyak sapi yang sedap dan x kedekut. Tapi tak ler rasa ke'sapi'annya tu sangat. Sedap sangat lah. Makan nasi dia jer pun boleh lupa ada ayam ada kambing. Lepas tu, ayam dia..di bakar sempurna. Tak kering langsung dan sangat sedap. Rempah yang diperap tu sampai hingga ke tulang. Maknanya kalau kita makan isi bahagian dalam tu, tak kering dan tak rasa tawar beleser... Oh..dia ada bagi sos putih, probably yogurt yang dicampur dengan bahan rempah atau halba. Tak lupa juga ada sos cili yang istimewa. Tak pandai la nak cakap mcm mana, tapi memang lain dari yang lain.
Tempat duduk ada variasi. Ada atas kerusi biasa, yang moden, yang kayu..dan ada juga ruang untuk bersila.
Tapiii.....
Yang paling istimewa ialah teko teh nyer. Teko Aladdin uollss.... Cer tengok nie...
Air tu biasa jer. Teh 'O' Lipton jer..hehehhehe. Kalau nak rasa arab2 sket, nnt diorang letakla daun pudina. Tapi ya ampuunn..manissss sangat. Kami semua terpaksa campurkan air suam dek kerana manis sangat. Kita hanyak ambil 1/4 air tu dan campur dengan air suam. Itupun terasa lagi gulanya. Orang lain tak taulah...maybe teko kami tu diorang lupa dah letak gula ke belum agaknya... Maka jadik double and triple portion air gula...
Anyway..conclusionnya...recommended. Masa makan2 nie beberapa minggu yang sudah. Last weekend, hubby kita soh beli utk dia...nasi nya sedap dia kata. Dia makan dalam kereta sambil memandu dengan kita suapkan. Owh.romantikkan... (ker manja...hihihi).
4 thoughts..
memang kat semenanjung banyak restoran yang sedap2 kan.. kat tempat saya di Sabah tak banyak.
yang memeriahkan pun restoran pemilik orang semenanjung..
p/s: saya ni penggila daging kambing.. mmg sapu rata tu saya pelahap.. ehe
wahhhh...dulu blogger faiz ponah buek entry nih.....dari dulu laie nak poie, tapi x poie2....nampak sodap!
Gen2Merah : Iyer la kot...hehehhe. Masa akak ke Sandakan, nak cari tempat makan pun susah. Dapat makan nasi goreng pun dah kira syukur...hehehehhe
Suhami : Poielah tok...kono cubo gak nie...
Catat Ulasan